Gelombang
perubahan berterusan di Sabah kian sukar dibendung sekaligus
menyaksikan rakyat negeri ini kian beralih arah kepada Pakatan
Rakyat.
Buktinya, seramai 213 orang ahli Umno dan Barisan Nasional (BN)
merangkumi empat buah parti iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti
Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Umno dan Parti Pasokmomogun Kadazandusun
Murut Bersatu (UPKO) telah mengisytiharkan dengan rasminya menyertai
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tenom.
Salah
seorang bekas ahli BN, Taib Kimin berkata, “Kami sudah mengambil
keputusan muktamad.
Kami sudah rasa jadi anggota BN bagai anak tiri kepada Umno dan kami
tidak rela selama-lamanya bagai katak bawah tempurung tanpa melihat
dunia yang sering berubah ubah.
Kami pilih PKR sebagai wadah politik
kami mahukan perubahan dalam hidup kami.”Borang penyertaan mereka akan
diproses di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya, Selangor dalam
masa terdekat.
Sementara itu, dalam satu lagi majlis berasingan, Saimon Sambang yang
merupakan Ketua Cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) bersama Setiausaha
SAPP Cawangan Kampung Lalandang, Arus Paran juga dengan rasminya
menyertai PKR Cabang Tenom.
Setiap kampung diadakan ceramah kelompok menerangkan hala tuju
KEADILAN.Kelihatan Masdin Tumas sedang memberi penerangan dalam Buku
Jingga yang kini dicadangkan oleh Pakatan Rakyat yang boleh mengubah
hidup rakyat Sabah dan Malaysia lebih baik dari transformasi Najib
Altantuya yang penuh dengan janji kosong dan pembohongan.
Menurut Leong Chau Chu, kalau menang pun Parti Reformasi Sabah (STAR)
satu atau dua kerusi ia tidak ke mana-mana. Kerana parti STAR sebuah
parti kecil yang berpusat di Sarawak “serba serbi kekurangan”.
Terpaksalah setiap kali mesyuarat AJK semua AJK Bahagian dikerah
menderma RM100 seorang barulah mesyuarat boleh dijalankan.
Beliau
menyertai KEADILAN sebuah parti nasional yang mewakili semua bangsa
dalam Negara Malaysia.
Laporam Halik Zaman,
Ketua KEADILAN Cabang Tenom, Sabah
No comments:
Post a Comment