DAMANSARA 23 November: UBS Bank di Switzerland membuka siasatan
kes pengubahan wang haram berjumlah USD90 juta yang didakwa melibatkan
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Ia didedahkan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah pada ceramah
Merdeka Rakyat di Padang Bola Apartment Damansara Damai, di sini malam
tadi.
“Nama Musa Aman dikaitkan dengan siasatan kes ‘money laundering’ (pengubahan wang haram) berjumlah USD90 juta di Switzerland.
“Nama Musa dikatakan sebagai salah seorang pemegang akaun yang disiasat,” katanya depan lebih 5,000 rakyat.
“Bukan itu sahaja, kes melibatkan Musa Aman juga kini akan dibuka di
Hong Kong melibatkan wang pemberian oleh jutawan balak Michael Chia
berjumlah RM40 juta,” kata Ahli Biro Politik KEADILAN itu.
Sivarasa berkata, puluhan laporan dibuat terhadap pemimpin Umno BN
kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun
hingga kini tiada seorang pun didakwa.
“Bila kita buat laporan, dia tutup fail. Bila kita tanya di Parlimen, mereka tak jawab,” jelasnya.
Beliau juga menyentuh berkenaan kekayaan yang dikumpul Ketua Menteri
Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya sepanjang lebih 20
tahun memerintah.
“Harta atas nama Taib Mahmud sahaja RM15 bilion. Dicampur dengan nama
anak-anak dan adik beradiknya yang berjumlah RM6 bilion, bermakna
keseluruhan harta keluarga Taib Mahmud berjumlah RM21 bilion.
“Macam mana dia dapat? Kalau nak cerita hal rasuah pemimpin Umno BN, ceramah sampai esok pun tak habis,” sambung Sivarasa.
“Kerajaan Malaysia ini seperti orang yang sudah nyanyuk. Tapi mereka
takkan boleh tutup mata rakyat (dari penyelewengan),” tegasnya.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.Demo LoNie
No comments:
Post a Comment