Tuesday, December 25, 2012

KES KHAIRY FITNAH!!! Buta je, Khairy kena bayar RM 30 Ribu kepada Anwar

Mahkamah Rayuan memerintahkan perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta ketua pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang ditetapkan untuk pendengaran Rabu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, digantung.

Panel tiga hakim diketuai Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Khairy untuk menggantung prosiding tersebut sementara menunggu rayuan berhubung keengganan Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah bertarikh 26 November yang menghalang beliau memfailkan pembelaan dalam saman berkenaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Clement berkata mahkamah berpuas hati bahawa terdapat keadaan khusus bagi menggantung perbicaraan itu seperti yang dinyatakan dalam permohonan Khairy.

Beliau berkata jika Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan itu tanpa menunggu keputusan rayuan Khairy, ia akan menjejas integriti rayuan dan menjadi sia-sia jika pemohon berjaya.

Selain itu, katanya, jika perbicaraan tersebut diteruskan dan keputusan dibuat tanpa memberi peluang kepada Khairy untuk membela diri, prasangka yang dialami pemohon tidak boleh dipampas dengan kos.

Bagaimanapun, pada prosiding, Isnin, Mahkamah Rayuan memerintahkan Khairy membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Anwar.

Hakim Clement, yang bersidang bersama Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Abdul Aziz Abdul Rahim, menetapkan 3 Jan depan sebagai tarikh pengurusan kes untuk rayuan Khairy.

Pada 26 November lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Hue Siew Kheng menolak permohonan Khairy untuk mengetepikan perintah beliau yang menghalang Ketua Pemuda Umno itu memfailkan pembelaan dalam saman fitnah tersebut.

Hakim Hue membuat keputusan itu selepas mendapati peguam Khairy gagal mematuhi arahan mahkamah ketika pengurusan kes pada 29 Jun lepas, iaitu semua pihak yang berkenaan memfailkan senarai saksi dan ringkasan kes bagi tujuan perbicaraan.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman itu selepas mendakwa ahli parlimen Rembau itu mengeluarkan perkataan berunsur fitnah dan menyebabkan ia disiarkan beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com dalam bentuk klip video yang bertajuk 'Anwar and kin no threat'.

Ketua pembangkang itu berkata klip video yang disiarkan Malaysiakini.com mengandungi perkataan berunsur fitnah yang dituturkan Khairy dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Februari 2008.

Khairy, dalam penyataan yang difailkan pada 8 Oktober 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Khairy diwakili peguam Muhammad Shafee Abdullah manakala Sulaiman Abdullah mewakili Anwar.

6 comments:

Anonymous said...

Hahaha...padan muka!!!!

Anonymous said...

Kaki tipu punya org

Anonymous said...

kaki belit punya orang ..anwar le tu..hehehe..
saman 100 juta dapat 30 ribu..saman..jangan tak saman dol..

Pada Khairy..tahniah kerana lemepas anjing tersepit..last2 hang jugak yg kena gigit..hehehe

DDBT

Anonymous said...

anon1154 ko tu babi tunggal patut ditembak mampus

Anonymous said...

Tak betul ke perumpamaan aku?..khairy ni dah lepaskan anjing tersepit masa zaman paklah bendul dulu..la ni anjing tu dah gigit khairy le pulak..
Nak bagitau rakyat yg perangai anwar cam tu pun salah ka?. siap nak tembak2 pulak..ermm..dah bengong teruk puak pakatan jahanam nih..hilang akal penyokong puak hangpa dibuatnya..menyedihkan

DDBaganTiang

Anonymous said...

khairy anjing tersepit sbnarnya