Limpahan air juga berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Langat serta Empangan Semenyih.
Manakala kapasiti air bagi Empangan Sungai Tinggi pada tarikh yang sama adalah pada tahap 93.33%.
Bagi Empangan Sungai Selangor pula, sehingga 20 Disember 2012, kapasiti air empangan tersebut telah meningkat kepada tahap 90.17% iaitu
sebanyak 207.40 juta meter padu pada ketinggian 216.65 meter.
Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti air empangan tersebut
pada 11 Oktober 2012 iaitu sebanyak 52.02% dengan jumlah 119.65 juta
meter padu pada ketinggian 199.3 meter.
Selain itu, baki aliran (residual flow) di
Baraj Bestari Jaya pada 20 Disember 2012 adalah sebanyak 4611 juta
liter sehari (JLH).
Jumlah aliran air sungai mampu untuk
membekalkan keperluan air mentah bagi lima loji pembersihan air (LPA) di
Rasa, Rantau Panjang dan Bestari Jaya.
Bacaan harian baki aliran ini
adalah tinggi berbanding dengan jumlah minima keperluan aliran sebanyak
300 JLH.
Manakala
pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor telah dikurangkan
sehingga 91.34 JLH pada 20 Disember 2012.
Pengurangan pelepasan air ini
adalah berbanding 521.3 JLH pada 11 Oktober 2012.
Corak dan purata paras
air Empangan Sungai Selangor dari bulan Januari sehingga November 2012
ditunjukkan di Graf 1.
Kapasiti Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi ini dijangkakan akan terus meningkat hasil daripada kadar hujan yang banyak ketika Monson Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac.
Berdasarkan kadar
peningkatan takungan, kapasiti kedua-dua empangan ini dijangka akan
kembali penuh sebelum bulan Februari 2013.
Berdasarkan
Kajian Semula Sumber Air Negara (2000-2050), jumlah air larian permukaan
di Negeri Selangor adalah sebanyak 17,000 JLH setelah mengambil kira
jumlah penyejatan dan susupan semula air bumi.
Manakala jumlah air yang
diabstrak untuk bekalan air kepada penduduk adalah sebanyak
4501JLH.
Sekiranya usaha dilakukan untuk menakung atau menyimpan
sebanyak 40% daripada jumlah air larian permukaan tersebut, sumber air
mentah di Negeri Selangor boleh dimanfaatkan sehingga tahun 2030.
Kerajaan Negeri
Selangor melalui LUAS telah mengambil langkah untuk meningkatkan lagi
kebolehdapatan sumber air di kawasan lembangan sungai selain daripada
empangan sedia ada.
LUAS telah mengenalpasti lokasi yang berpotensi
untuk dibangunkan sebagai sumber air tambahan seperti Kolam Projek
Tebatan Banjir Sungai Rasau di Lembangan Klang dan juga Kolam Bestari
Jaya di Lembangan Selangor yang akan bertindak secara dwifungsi dimana
ianya akan berfungsi sebagai kawalan tebatan banjir dan juga kolam
penstoran air ketika berlakunya aliran banjir/flood flow.
Kolam penstoran air ini juga akan digunakan jika berlakunya aliran rendah/low flow.
LUAS telah mengenalpasti sebanyak dua puluh (20) kolam takungan samada kolam takungan banjir atau kolam bekas lombong yang jugaberpotensi untuk dijadikan sumber air tambahan di Daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat.
LUAS telah mengenalpasti sebanyak dua puluh (20) kolam takungan samada kolam takungan banjir atau kolam bekas lombong yang jugaberpotensi untuk dijadikan sumber air tambahan di Daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat.
Kolam-kolam berkenaan adalah merupakan rizab simpanan
air mentah yang boleh dibangunkan sebagai sumber air tambahan tertakluk
kepada kualiti airnya. Jumlah anggaran kapasiti kolam-kolam tersebut
ialah 325 juta meter padu.
Selain itu,beberapa
lokasi lain yang mempunyai potensi yang sama sebagai sumber air tambahan
dikenal pasti oleh LUAS, seperti kolam bekas lombong MC8 dan MC9 di
Lembangan Langat. Kajian kemungkinan yang terperinci akan dilaksanakan
bagi memastikan kebolehdapatan sumber air berkenaan.
Kriteria yang perlu
dilihat untuk kolam-kolam ini digunakan sebagai sumber air tambahan
adalah keluasannya yang perlu melebihi 10 hektar, kualiti airnya yang
perlu mencapai piawaian air minuman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,
lokasinya yang berhampiran dengan sungai dan muka sauk/LPA, serta ianya
adalah tanah milik kerajaan dan anak syarikat kerajaan.
Di dalam masa yang sama juga, LUAS sedang di dalam proses pelaksanaan aplikasi River Bank Filteration (RBF) dan juga pembangunan sumber air bumi (sehingga 15%) yang dijangkakan mampu menyumbang kepada peningkatan kebolehdapatan sumber air di Negeri Selangor.
GAMBAR 2 :
PARAS AIR DI EMPANGAN SUNGAI TINGGI
PADA 23 OKTOBER 2012
Di dalam masa yang sama juga, LUAS sedang di dalam proses pelaksanaan aplikasi River Bank Filteration (RBF) dan juga pembangunan sumber air bumi (sehingga 15%) yang dijangkakan mampu menyumbang kepada peningkatan kebolehdapatan sumber air di Negeri Selangor.
Justeru, kenyataan oleh Anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri
Ong Tee Keat di Bernama berkenaan penyusutan bekalan dan ketiadaan
sumber baru air mentah di Negeri Selangor adalah tidak
tepat memandangkan usaha-usaha sedang giat dijalankan.
Sekiranya segala
inisiatif ini dapat mendapat kerjasama daripada semua pihak, bekalan air
mentah di Negeri Selangor adalah mencukupi untuk menampung peningkatan
permintaanair.
Haji Md. Khairi Bin Selamat,
Pengarah,
Lembaga Urus Air Selangor.
8 comments:
Sebenarnya pemimpin umno yang sudah tak berair kerana mati pucuk pimpinan.
anon 0939,...kalau nak kira mati pucuk, nik aziz lah orangnya....kaki sebelah dah masuk liang lahad pun masih mengidam nak jadi calon.
pooraaah !!
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan semua aktiviti pembangunan dan pembalakan di Gunung Inas serta Pedu di Kedah dihentikan serta-merta.
Arahan itu telah dikeluarkan kepada Jabatan Perhutanan Kedah untuk dikuatkuasakan .
Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang ! Memang kerajaan Pas menjalankan aktiviti membalak dengan sewenang-wenangnya.
Semua aktiviti penebangan hutan di kawasan Gunung Inas dan Pedu telah diarah dihentikan serta-merta sehingga laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) di siapkan.
Berdasarkan siasatan awal memang terdapat kawasan tadahan air dibalak dan digondolkan.
Asal boleh jadi duit, Pas sondol semacam !
asal tabur fitnah aje tentu umno bn,kenapa ye.mungkin dah nk mampus xingt mati kot.rakab juga yg bangang
Fitnah tu dah jadi darah daging nak buat mcmana..dah mcm makan nasi (hari2 mahu).selagi masih hidup mereka tak akan sedar..dah masuk kubur nanti baru mereka tahu..lain la mcm deepak..belum masuk kubur dah kena bakar..kesiannn
Natang depak... Pok mu nak masuk lubang kubur... Celaka mulut mu depak... Jangan kata orgtua gitu.. Tak kira mu sape.. Mok pok mu dok ajar ke mu suruh hormat orgtua... Kalau dok ajar memang celaka mu semua.... Insaflah.......
kihkihkih...bodohnya insafbodo
sejak bila pulak puak mu ada hormat pada orang tua ? kalau pada mahadey puak mu lah yang paling celupar.
Bila kena batang hidung sendri pandai pulok nak maroh !
bodo mace nate mi nih
Bengong mu depak... Nk kutuk psl politik xhal.. Ni mu ckp psl lobang kubur bodoh tolol mu.. Ke mu mabok todi... Oooooh... Dok ingat mu kerja dgn Group san miguel... Molek doh wei... Kih.kih.kih...
Post a Comment