Monday, December 24, 2012

YANG BERJANJI UMNO!!! Yang menunaikannya Pakatan Rakyat


Penantian selama hampir 25 tahun penduduk asal Bukit Botak berakhir apabila mereka ditawarkan surat tawaran untuk memiliki rumah berkembar satu tingkat, hari ini.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah peserta, khususnya warga emas yang sanggup menanti untuk ditawarkan surat tawaran yang disampaikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rajiah Omar, 73, hari ini merakamkan rasa syukur dan gembira apabila kemelut yang dihadapi sekian lama, akhirnya berakhir.
"Alhamdulillah, impian untuk memiliki rumah sendiri di atas tanah ini, akhirnya termakbul. Sudah lama makcik menantikan saat ini kerana ia sudah terlalu lama sejak rumah asal makcik dirobohkan.

"Makcik ucapkan berbanyak terima kasih kepada PKNS dan juga kerajaan negeri Selangor yang dapat menyelesaikan masalah makcik sekian lama," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Kegembiraan sama turut dikongsi Wong Yoon Kim, 51, yang merakamkan setinggi penghargaan kepada menteri besar dan PKNS, serta pihak yang terbabit.

Katanya, beliau dan keluarga benar-benar gembira kerana berjaya mendapat tawaran bagi memiliki rumah berkembar tersebut, yang sudah sekian lama terbengkalai sebelum PKNS mengambil alih projek tersebut.

"Saya betul-betul berterima kasih kepada menteri besar dan PKNS kerana merealisasikan impian kami sekeluarga.

"Kami sudah tidak sabar untuk menduduki rumah ini yang dijangka siap Mac tahun depan," kata beliau dengan nada ceria.

Seorang lagi peserta, Arul Ananth, 29, yang mewakili ibu bapanya untuk menerima surat tawaran pemilikan tersebut juga terharu.

Katanya, penantian ibu bapanya sudah berakhir apabila segala proses yang perlu dilakukan sudah hampir selesai sebelum dapat memasuki rumah tersebut tahun depan.

"Sudah tentu saya gembira kerana sudah lama isu berkaitan tanah kami ini tertangguh. Sebelum ini, terdapat dua pemaju swasta yang menjalankan projek ini, tetapi dua-dua 'lari'.

"Bila PKNS ambil-alih, barulah kami boleh gembira. Sudah tentu saya berterima kasih kepada PKNS dan kerajaan negeri Selangor, dan menteri besar kita yang menyelesaikan masalah kami selama ini," kata beliau yang akan turut menetap di rumah tersebut untuk menjaga kedua orang tuanya.

Terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid menyempurnakan majlis penyerahan surat tawaran pemilikan rumah tersebut kepada 16 peserta terpilih.

Majlis yang diadakan di tapak projek Bukit Botak itu, turut dihadiri Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad, dan Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

PKNS memulakan kerja pembinaan 1,422 unit rumah berkembar di kawasan seluas 66 hektar di Bukit Botak pada September 2010 selepas kerajaan negeri mengambil alih tanah dan projek terbengkalai yang sepatutnya dimajukan sebuah syarikat swasta.

P/S : Tahniah Kerajaan PR Selangor dan Tan Sri Khalid....kalau nak bantu rakyat tak perlu nak tunggu sampai berpuluh-puluh tahun...berita macam ni tak masuk TV3 suku dan utusan tau...kikikiki- FB Khalifah Al banjari

19 comments:

insafdoh67 said...

Macam mimpi jeee... Betol ke ni cai.... Kih.kih.kih...

Anonymous said...

merry x-mas. terima kasih kepada pas kerana menjadi pejuang dan sahabat setia kepada penganut kristian. terima kasih juga kepada father nicky ah ziz kerana membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah bagi menggantikan nama tuhan bapa. tanpa bantuan daripada pas, sukar bagi proses kristianisasi untuk berkembang. terima kasih

Anonymous said...

merry x-mas. terima kasih juga kepada father nuar kerana berada di belakang gereja ketika lina joy ingin murtad. tak lupa juga, terima kasih kepada sista nurul kerana menyuarakan gerakan pemurtadan bagi orang melayu. kami dari pihak gereja akan mengundi pakatan pada PRU13 nanti bagi membalas budi kamu semua

Anonymous said...

Tahniah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya menyelesaikan masaalah rakyat.Umporno Be End yg kononnya rakyat didahulukan??? Apa yg diaorg buat... Buat TAIKK pandailahhhh..... Syabass Tan Sri Khalid bersama exconya....good job ..

Anonymous said...

cis rakab@deepak si beruk umno tak berani letak nama sbb fitnah dato' fauzi.

muncul la nama ko rakab@deepak minta maaf

Anonymous said...

mampus ko rakab deepak tenggelam dalam umporno

Anonymous said...

AA+ utk krajaan selangor tak rugi & sia sia rakyat ngri selangor mberi kepercayaan dan mandat kpd PR utk mgalas amanah mmerintah selangor..rakyat slngor dah merasai kenikmatan dan kesejahteraan berbanding krjaan terdahulu yg pemimpinnya ashik nk kumpul harta,mperbesarkan rumah,kroni sana kroni sini,kebas tanah rakyat jual kat tokey,rasuah sana sini dan mcm2 lagi.Krajaan PR Selangor berjiwa rakyat..

Anonymous said...

tlg maafkan kami...memang kami dulu ngalahkan jack sparrow.tapi tu dulu..skarang kami dah baik dah..lagipun rakyat dah hukum kami masa pru12 dulu..beri kami peluang utk memerintah selangor sekali lagi..duit rompakan kami dulu dah nak habis..please

insafdoh67 said...

Boleeeh.boleeeh.boleeeeh.. Sudah abis lulu punya curi... Ok..ok..ok... Ini kali wa kasi lu lompak sapai licin ooooo... Kih.kih.kih..

Anonymous said...

Betul betul betul....klu tak cukup kat selangor kat Mongolia ada lagi...ambiklah brapa banyak nk ambik ...

Anonymous said...

sayangi selangor..bn menang kami senang..kamu rakyat cukupla dgn apa yang kamu ada..ada kerja, boleh sembahyang kat masjid @ boleh tengok wayang kat tgv tu dah kira ok la tu.. kamu nak apa lagi..

Anonymous said...

Satu utk rakyat,dua utk tokey....satu utk rakyat,tiga utk kroni....satu utk rakyat,empat utk pmimpin be end...satu utk rakyat,lima utk bini bini bini bini....

Anonymous said...

Janji ditepati dah jadi janji dicapati

insafdoh67 said...

Ya r... Molek doh blke... Biar puok mu rompak harta rakyat lg ke... Pandai puok ubn belakun. .. Cis... Molek ke mu blke... Kih.kih.kih.. Insaflah..wei.....

Anonymous said...

tolonglah maafkan kami..kami dah sanggup jadi hamba rakyat..kalau tak caya kami sanggup bersumpah laknat kat batu caves..samy vellu dah sanggup jadi saksi..

Deepak said...

Kerajaan BN dah bina ratusan ribu rumah pelbagai kategori untuk rakyat miskin dan berpendapatan rendah terutamanya,...tak kecoh pun !

Anonymous said...

duit rakyat campur duit riba

Anonymous said...

Mana video interview mok cik dan nyonya
yg dapat rumoh tu.
Nak baca harakah, kita tak caya dgn sokkabor tu.

Anonymous said...

utusan lagi kepala fitnah bangang