Tuesday, December 11, 2012

ORANG INDIA SIMPANAN TETAP!!! Vell Pari tempelak Najib hina kaum India

Kalau pemimpin Pakatan Rakyat yang kutuk kenyataan perdana menteri, Najib aku boleh terima lagi.

Tapi kali ni benda ni datangnya dari kaum kerabat rejim  Umno sendiri, MIC!



S Vell Paari yang merupakan anak kepada bekas Presiden MIC, Samy Vellu sebentar tadi menempelak Najib yang jelas menghina kaum India dengan mengatakan bahawa kaum itu sememangnya menjadi 'simpanan tetap' undi untuk Barisan Nasional (BN).



Dalam kenyataan yang dibuat menerusi sebuah portal berita berbahasa Inggeris, Vell Paari mengutuk ucapan Najib semasa merasmikan perhimpunan agung tahunan parti itu Ahad lalu di Kuala Lumpur.

Dia yang juga merupakan ketua penerangan parti itu mengutuk Najib dengan mengatakan kununnya presiden Umno itu sudah mula mengikut jejak langkah Pakatan Rakyat melabelkan kaum ketiga terbesar di negara ini dengan ungkapan yang menghina intelektual kaum mereka.

Tambah Vell Paari lagi, walaupun dia mengakui dengan jujur kaum India tidak menyokong BN semasa pilihanraya umum lalu tetapi dengan kenyataan terbaru Najib ini, mereka bukan setakat menjauhkan diri dari MIC khasnya dan BN amnya, tetapi lebih parah lagi undi mereka pasti akan kekal bersama Pakatan Rakyat terutamanya gerakan NGO Hindraf yang gagal dineutralkan bekas perdana menteri, Abdullah Badawi dan kini Najib sendiri.

Walaupun ahli parlimen Pekan itu menjemput Hindraf supaya duduk semeja dengan BN kunun bagi menyelesaikan isu melibatkan kaum itu, keengganan Najib menarik balik pengharaman yang dibuat ke atas NGO itu nyata menghina majoriti kaum India.

Semalam, beberapa pemimpin kaum India termasuk pengerusi bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan dan sebuah NGO kaum itu, Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan yang dilempar Najib terhadap komuniti mereka.

Ambiga dalam kenyataan balasnya yang dipetik semalam mengingatkan Najib jangan sesekali menghina kredibiliti kaum India hanya kerana gagal memperolehi undi mereka seperti yang dibuktikan dalam pilihanraya umum lalu.

Bukti paling ampuh menghapuskan ego BN dan Najib apabila parlimen Kota Raja yang majoriti pengundi di sana merupakan kaum itu mengangkat Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud untuk mewakili mereka mengenepikan calon BN dari kaum mereka sendiri, P Komala Devi dengan majoriti besar lebih 12 ribu undi empat tahun lalu.

Esok, satu perhimpunan besar-besaran terhadap isu kaum India yang masih tidak memperolehi kad pengenalan akan diadakan di Putrajaya bagi mendesak rejim Umno menyelesaikan masalah mereka atau berdepan dengan kehilangan undi yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dijangka mengetuai himpunan tersebut dan kini terpulanglah kepada Vell Paari dan MIC membuktikan bahawa parti itu serius mahu memperjuangkan nasib bangsa mereka sendiri di tanah air yang sudah didiami lebih 40 tahun lalu.

Tahniah dan syabas buat Vell Paari kerana berani menghentam Najib  kerana dia sendiri pun tahu isteri Rosmah Mansor itu kini tertekan mempertahankan kerusi empuk yang didudukinya sejak April 2009 hasil kelemahan pentadbirannya sendiri!

JALAN PULANG

6 comments:

rakab said...

Blogger Jalan Pulang [JP] cuba mengelirukan pembaca kononnya masyarakat India rasa terhina dengan kenyataan Najib tentang perlunya masyarakat India kembali menjadi simpanan tetap BN.

Dimanakah penghinaan yang dimaksudkan itu ??....Statement itu adalah berdasarkan realiti bahawa undi kaum India banyak lari dari BN di masa PRU yang lalu.

Ini diakui sendiri oleh blogger JP dengan memberikan fakta keputusan PRU 2008 parlimen Kota Raja.

Seruan Najib supaya masyarakat India menyokong kembali sepenuhnya kepada BN tidak menggambarkan sebarang penghinaan pun. Cuma blogger haprak Pas ini sudah sebati dengan sifat mengadu domba sesama manusia.

insafdoh67 said...

Deepak tau x makna simpanan tetap.. Kampung org panggil LEMBU kena Cucuk Hidung wei.... Kalau aku.. Lama doh lari.. Tunggu apa lg.. Baham Bodo je. ..... Kih.kih.kih..

Anonymous said...

oh rakab bangang, bukan blogger tu yg kata tapi anak samy vellu pemimpin mic yg kata

rakab said...

Memang Vel Paari yang kata tapi blogger haprak tu yang memilih untuk menyebarkan dengan tujuan mengadu domba.

Anonymous said...

Lawaklah si rakab ni..... Komen isu terpilih je. Aku nak tengok komen dia kat isu tanah umno kat selangor terus takda.macam idola dia jugak takde telor.... Roti rakab satu......

insafdoh67 said...

Kih.kih.kih...