Monday, December 3, 2012

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO!!! Medan menyerang Pakatan , menakutkan rakyat


PETALING JAYA 3 Dis: Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir Sabtu lalu gagal menyentuh isu asas melibatkan kepentingan rakyat, sebaliknya menjadi medan serangan terhadap Pakatan Rakyat dan menakut-nakutkan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan berbentuk penipuan dan penghinaan itu diketuai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
 
“Kami mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab beliau bahawa Malaysia akan hilang kedaulatannya dalam tiga tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah,” tegas Anwar pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Beliau berkata, ucapan pembukaan Najib dipenuhi serangan terhadap pemimpin Pakatan, terutama ke atasnya, dalam gaya bahasa yang tidak wajar dilafaz oleh seorang negarawan.

“Apakah dasar baru yang dibentangkan (PAU) demi kemajuan negara? Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan?” soalnya.

Anwar berkata, isu 13 Mei yang dibangkitkan semula dalam PAU bertujuan menimbulkan permusuhan dan ketakutan di kalangan rakyat dan bersifat hasutan serta boleh dianggap sebagai jenayah.

Teks ucapan dasar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendakwa insiden 13 Mei 1969 mungkin berulang jika Umno BN tidak lagi memerintah negara.

“Kami mengerti bahawa Ketua Wanita Umno cuba hidupkan semula karier politik beliau ekoran skandal ratusan juta NFC (National Feedlot Corporation). Tetapi dengan gunakan hujah picisan sebegitu adalah tidak munasabah,” tegas Anwar.

Beliau menambah, perhimpunan itu menunjukkan betapa Umno dalam sindrom penafian sekaligus terputus dengan penderitaan rakyat di bawah.

“Mereka tinggal di hotel lima bintang, hisap curut mahal dan (duduk) di ‘lounge’ yang cukup hebat. Apa yang dibicarakan bukan (kenaikan) harga barang, bukan kemiskinan (dan) bukan rasuah yang meningkat, tetapi bagaimana nak kekal berkuasa dan fitnah musuh.

“Tengok barisan pimpinan yang hadir, (mereka) itu golongan mahakaya dalam negara, yang yakin mereka akan menang kerana (dirasakan) kelompok miskin kekal jadi kuli mereka,” sambung Anwar.

Hadir sama, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty.

Undian Sinar Harian selepas PAU 2012  anda lihat sendiri keputusannya....

12 comments:

Anonymous said...

Kenapa ko letak gambar abg nuar dgn asmin je? Nanti jadi gosip karang, kita jugak yg sudah. Hubungan terlarang mereka mesti disembunyikan! Jgn kasi rakyat tau..

Anonymous said...

Najib ngan Altantuya takde apa pun.Kak Mah lg senyum

rakab said...

Anwar susah hati sebab melihat perpaduan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Umno semasa PA Umno begitu padu dan kukuh.

Sebab itulah dia arahkan media Pakatan mainkan isu lagakan sesama pemimpin Umno. Contohnya 'Mahathir nak gulingkan Najib' dan 'Orang Muhyidin tak puashati dengan Najib'.

Semua ini menggambarkan kebimbangan melampau Anwar terhadap kekuatan Umno/BN sekarang.

Anonymous said...

umno/bn kuat kah kah kah

rakab kata umno/bn kuat kah kah kah

kalau kuat bubar la parlimen

Anonymous said...

Rakab, hutang karpet kamu pada Deepak lagi RM 50 bila nak bayar ?.

Anonymous said...

Najib dah meneran bagai nak terberak ketika berucap di Pau tak tau ke ?.

Anonymous said...

Rakab, hutang karpet kamu pada Deepak lagi RM 50 bila nak bayar ?.

Deepak said...

Dey tambi,....engko punya nenek ada utang sama aku lagi 50 ringgit, apa pasal suruh lain worang bayar ?

citt, pooraaah !

Anonymous said...

Rakab ni macam kerakab diatas batu hidup segan mampus tak mau.

Masa kecil tak mau mampus dah besar menyusahkan orang.

Anonymous said...

Rakab ni macam kerakab diatas batu hidup segan mampus tak mau.

Masa kecil tak mau mampus dah besar menyusahkan orang.

Anonymous said...

Rakab ni adalah zuriat orang Umno yang dibesarkan dengan rezeki haram sehingga menjadi macam anjing menyalak bukit demi sesuap nasi.

insafdoh67 said...

Kalau Anuar yg Rancang Knpe jib Rm x SAMAN FITNAH je. Takut g Court ke PM kta. Kta semua nk tngk Sape yg BENAR.. Berani Kerana BENAR... INSAFLAh......