Parti Keadilan
Rakyat (KEADILAN) sebentar tadi mendakwa keluarga bekas perdana menteri
kelima, Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui
program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional
Berhad (TNB).
Pengerusi
Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak
Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood (gambar atas), adik
kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarham Endon Mahmood, memiliki 15
peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd,
salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik
tersebut kepada TNB.
Beliau
turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Peter Chin Fah Kui
pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88
bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun akan datang.
“Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250.
“Justeru
itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion.
“Untuk tahun
kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion.
“Jika
meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban
tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.
“Memandangkan
jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar
sehingga RM6.88 bilion kepada TNB bagi tempoh itu,” kata Wong Chen
kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu di Petaling
Jaya, Selangor..
Pengarah
Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir ketika sidang
media itu berkata, isu itu bukan lagi isu kecil kerana pengguna
dibebani secara senyap peningkatan sehingga 50 peratus kos bil elektrik
semasa mereka.
“Justeru,
KEADILAN menggesa ketelusan dan kebertanggungjawaban TNB dalam perkara
ini untuk mendedahkan siapa pembekal meter elektronik ini, harga yang
dibayar untuk meter ini, adakah harganya berdaya saing mengikut standard
tempatan dan antarabangsa, dan adakah tender dibuat secara terbuka atau
runding terus?” tanya Nik Nazmi.
“Kami
juga menuntut diwujudkan badan bebas yang dibiayai TNB bagi menyiasat
aduan pengguna yang diberi kuasa menguji meter baru sebagai
penimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,”
kata Adun Seri Setia itu lagi.
Oktober
lalu, Peter Chin berkata TNB menghentikan penggantian meter elektrik
analog kepada elektronik sehingga satu prosedur operasi standard (SOP)
ditetapkan.
Perkara
itu diputuskan selepas aduan diterima daripada pengguna mengatakan
bahawa penggantian meter analog kepada meter digital baru membawa kepada
kadar bil elektrik yang tinggi, termasuk caj “retrospektif”.
“Operasi masih akan diteruskan tetapi tugas pertama kami adalah mendidik orang ramai mengenai meter baru,” kata Peter Chin.
Beliau,
bagaimanapun, berkata penggantian masih akan dilakukan terhadap meter
isi rumah yang rosak dan meter pengguna yang disyaki mengalami kecurian.
JALAN PULANG
Pengguna Adu Bil Eletrik Naik Lepas Ganti Meter
Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa satu badan bebas
diwujudkan untuk menyiasat aduan kenaikan bil elektrik selepas Tenaga
Nasional Berhad (TNB) menggantikan meter analog pengguna kepada meter
elektronik.
ADUN Seri Setia itu berkata beliau menerima 22 aduan daripada penggua yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20 hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut.
Nik Nazmi berkata badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan memandangkan TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan yang lebih baik dan tepat.
Dalam sidang media bersama pengerusi Biro Pelaburan PKR Wong Chen hari ini, Nik Nazmi mencadangkan agar badan itu diberi kuasa untuk memeriksa meter elektrik yang didakwa memberikan bacaan meragukan.
“Badan ini sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru sebagai pengimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,” katanya. freemalaysiakini
ADUN Seri Setia itu berkata beliau menerima 22 aduan daripada penggua yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20 hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut.
Nik Nazmi berkata badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan memandangkan TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan yang lebih baik dan tepat.
Dalam sidang media bersama pengerusi Biro Pelaburan PKR Wong Chen hari ini, Nik Nazmi mencadangkan agar badan itu diberi kuasa untuk memeriksa meter elektrik yang didakwa memberikan bacaan meragukan.
“Badan ini sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru sebagai pengimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,” katanya. freemalaysiakini
16 comments:
HE!HE!HE!
TULISLAH SIKIT TANAH LADANG RAKYAT YANG DIRAMPAS OLEH NIK AZIZ, TUAN SABARIAH DAN KONCO KONCO MEREKA. MESTI PEMBACA PASPB SUKA KAN...
Kesian org dkt kelantan.. Dianiaya dgn rakus. Sampai ladang rakyat pun kene bedal? Betul ke ni luncai?
Kalau bukan orang Kelate tak usah ler nak tabur cerita. Kat mana wei tanah tu...lot mana? Berapa ekar berapa hektar? Takda fact....stop rambling nonsense
Paspb, takde citer pasal deepak lagi ke? Kitaorg pas rindu citer deepak. Deepak tu idola baru pas. Dkt mana2 blog pas pun asyik siarkan pasal deepak. So, apa tunggu lg paspb? Permintaan org pas mesti dipenuhi
WE WANT DEEPAK! WE WANT DEEPAK!
Anon 2255, ko tak tau tanah tu dkt mana? Cuba ko tanya tok guru dgn bini dia.. Diaorg tau kot dkt mana
Pas dah ada nabi baru ??
Deepak alaihissalam !!
muaahahahahaaaa.....
Ramai jugak lembu ijat kat dalam nih rupanya ...
bukan lembu tapi beruk umno
Anon23.09 klau kau islam jgn main2 dgn perkataan tersebut.klau kau tak percaya pd ulama pas kau bleh tnya pd ulama umno apa hukumnya.inilah dkatakan fanatik.berhujah ah dgn fakta.luncai kau pasti ka tuan sabariah ada tanah ladang rakyat.tlg bg daerah sudah la kami Cari maklumat.
Bila Cybertrooper UMNO bersuara,nampak sgt kedangkalan beserta kebodohan.Rakyat yg kena menanggung segala bebanan dengan menyalurkan wang ringgit buat tembolok mereka yg hanya pandai mengira berapa banyak boleh di kaut.Bila kita berbicara focus hanya kepada topik bukan melalut tak tentu hala.Lagi banyak berbicara menyerlah kecetekan serta kenaifan dlm berhujah yg perlu disertakan dgn fakta bukanya laksana Tin Kosong! .
Rakab, hutang karpet kamu pada Deepak lagi RM 50 bila nak bayar ?.
anon 0052,
Dey tambi,....engko punya nenek ada utang sama aku lagi 50 ringgit, apa pasal suruh lain worang bayar ?
citt, pooraaah !!
Saudara ni Islam ke kafir?
korang tengok lah kalau2 pencaci umno 'tak boleh makan' utk komen cepat2 spin dan korang PR pulak layan jer...tajuk lain patut bahas dah jadi cerita lain takde kaitan langsung...
Rakab ni macam kerakab diatas batu hidup segan mampus tak mau.
Sya rasa Luncai ni org penting Um No la.. Sya caya ape lu n cai kata. Lama doh dgr psl tanah.ladang rakyat dan bnyok r psl PAS kelatan. Tp spai arini x BUKTI lagi puok Um No Beri.. Klau luncai jd pencacai puok ni wat malu je skoloh tingi. Baik jaga L.E.M.B.U di Kondo Kak Jat lg Bagus. Wat Malu org Melayu je. Tuduh dan Fitnah je pandai.... INSAFLAH..
Post a Comment