Sunday, December 16, 2012

SAMBUT HARI JADI!!! Mana satu pilihan Mahathir , cara Fathul Bari atau Shah Rukh Khan

Kedatangan pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan yang sanggup singgah sebentar dari Jakarta, Indonesia semata-mata menghadiri majlis hari lahir ke-87 bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad rupanya menjadi saat paling tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Mana tidaknya, Shah Rukh Khan yang kononnya 'mengusik' isteri Mahathir, Siti Hasmah Mohd Ali mengajaknya menari sebuah lagu popular dari sebuah filem lakonannya secara spontan mengejutkan hadirin yang diundang khas seramai 300 orang itu.

Diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, Mahathir juga dilihat menggoyang-goyangkan badannya menari mengikut irama Bollywood yang sudah menjadi darah dagingnya kerana keturunannya juga berasal dari India.

Jika diperhatikan, memang tidak salah sesiapa pun menari secara spontan tetapi jika ulama Umno seperti Fathul Bari melihat video ini, apa agaknya yang dikatakan kepada kelakuan tak senonoh ini kerana Mahathir bukannya orang biasa tetapi pernah menjadi pemimpin negara yang kununnya mengaku negara Islam selama 22 tahun.

Inikah contoh yang hendak ditunjukkan terhadap generasi muda yang semakin hanyut dibawa budaya hedonisme (hiburan berlebihan) di saat usia subsidinya sudah sepatutnya berjinak-jinak dengan tikar sejadah dan tasbih di tangan?

Mengapa Mahathir sanggup menunjukkan kelakuan hodoh sebegini tanpa memikirkan kesan ke atas akhlak anak muda yang sepatutnya diajar sejak kecil lagi?

Barangkali, inilah tempias yang diterima setelah perdana menteri, Najib  juga menari hodoh lagu 'Anak Kampung' semasa sambutan rumah terbuka hari raya aidilfitiri tahun ini di Seri Perdana, Putrajaya yang kerap ditonton semasa Jelajah Merdeka Rakyat hingga menjadi bahan ketawa seluruh negara.

Umno dan hiburan sememangnya tidak dapat dipisahkan, jika terpisah maka hilanglah sokongan orang muda terhadap mereka selain mengajak mereka lalai dan jauh dari suruhan agama.

Insaflah sementara stok nyawa masih ada!

JALAN PULANG

8 comments:

insafdoh67 said...

berani ke mat fatul bari nk tegor. . ustaz fulus... kih.kih.kih....

Anonymous said...

Terompah kayuuu

Anonymous said...

Pertama,..itu majlis peribadi bukan anjuran kerajaan atau parti.

Kedua,..aksi sedetik menggoyang-goyangkan sedikit badan itu adalah tindakan spontan bertujuan menghormati tetamu secara berlawak.

Deepak said...

woi, nkau suma ada tengok ka gelagat anwar menari ala-ala MGR semasa majlis deepavali di Tapah ?

bertandak dekat setengah jam, ooooo!
pakai topi merah dengan dengan rayban hitam lagi...malam-malam pakai cermin mata hitam. Banyak gila itu worang...

paspb tak mau tunjuk ka itu video klip ?

insafdoh67 said...

dalam umno gelek.joget.disco.k.ok. mcm ulam r.. pas rilek r dlu.. biasa r puok ni.. hiburan duk depan bro... enjoy.enjoy.enjoy.. bukan mcam pas tahlil je.. mane satu pilihan mu cai... kih.kih.kih...

Anonymous said...

goyang2 goyang kepala goyang,goyang deepak hoi.cuba bayangkan deepak pakai cermin mata hitam menari di malam yang hitam,kalau ko hitam macam deepak MGR

Deepak said...

Realitinya yang menari kabaddi tu ialah Anwar bukan aku.

Anonymous said...

deepak ko ngn rosmah mana lg hebat menari