Sunday, December 30, 2012

SOI LEK MENGAKU!!! Pencacai UMNO suka spin, hanya tahu putar belit

Soi Lek kecewa dengan blogger Umno, dakwa tidak beretika

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika.

Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA.

“Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan.


“Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum .... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan,” jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut.

“Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan .... mereka melanggar janji itu,” tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini.

Soi Lek bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini.

“Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA.

“Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno,” katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno.

“Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka .... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA,” tegasnya.

Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan “faktornya” untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau.

Menurut Syed Akbar Ali, blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen.

“Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming,” kata Syed Akbar dalam blognya. -TMI

Ulasan GB

Kebenaran dan keadilan akan tetap terdedah juga.

Kini bukan pemimpin PR tetapi pemimpin BN sendiri, Presiden MCA kata blogger UMNO itu tidak beretika dan suka spin isu.

10 comments:

umno_baru said...

penzina dan penfitnah...dua-dua x boleh dipercayai.

Anonymous said...

Penzina china doll dan peliwat budak muda.. Lagilah tak blh dipercayai

Anonymous said...

soi lek benar, beruk umno dah mula spin

Anonymous said...

Kerajaan yg melakukan rasuah,salah guna kuasa,mlakukan penyelewengan,mementingkan kroni dll bukan sahaja 100% tak boleh dipercayai malah WAJIB ditukar.

Anonymous said...

Kerajaan pakatan mmg mcm tu. Pas rasuah balak dkt dap utk dpt jawatan ketua menteri. Dap pulak mementingkan kroni dynasti lim dan singh. Kita wajib tukar!

Anonymous said...

itu la kerja beruk umno tak spin, fitnah

Pak ABU said...

Anoy 1.04, Cukuplah! saudara nak tanggung dosa Qazaf? Tetapi kalau saudara berasa habuan dunia boleh menutup dosa besar itu, teruskan! Saya hanya berpesan sahaja.

pesanan: ABU

Unknown said...

Anoy 1.04, Cukuplah! saudara nak tanggung dosa Qazaf? Tetapi kalau saudara berasa habuan dunia boleh menutup dosa itu, teruskan! Saya hanya berpesan sahaja.

Unknown said...

Anoy 1.04, Cukuplah! saudara nak tanggung dosa Qazaf? Tetapi kalau saudara berasa habuan dunia boleh menutup dosa itu, teruskan! Saya hanya berpesan sahaja.

Anonymous said...

penganut umno jahil ke