Semuanya bermula apabila terdapat ahli akar umbi yang hanya berapa peratus sahaja bilangannya tidak berpuas hati dengan calon yang diputuskan PAS pusat untuk bertanding di DUN Selama pada PRU ke 13 nanti.Maka dipanggillah wartawan untuk menulis dan melaporkan tentang ketidakpuasan hati mereka itu.
Jumlah
mereka yang melakukan protes dan pemulauan ini tidaklah banyak,namun
setelah ditambah sedikit rencah dan perasa oleh media propaganda,maka
terciptalah satu resipi dan ramuan yang direka-reka.
Kononnya
14 daripada 23 Cawangan dalam MTD Selama menolak calon yang telah
diputuskan tersebut setelah dibuat satu undian pungutan suara.Nak menipu
pun agak-agaklah,dalam MTD Selama hanya ada 17 Cawangan sahaja.
Pada hari sidang media itu dibuat,hanya Ketua PAS Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor dan
beberapa ahli jawankuasanya sahaja yang hadir.Kalau betul ada 14
Cawangan yang menolak pencalonan Ustaz Akmal Kamaruddin,mana lagi 13
cawangan?? Kenapa hanya satu cawangan yang hadir ketika sidang media itu
dibuat.Dan kenyataan yang dibuat Ahmad Zanian itu dikatakan langsung
tidak mewakili kehendak dan suara majority ahli-ahli PAS yang berada
pada sidang media itu.
Dikhabarkan,mereka
yang hadir langsung tidak tahu menahu bahawa akan diadakan satu sidang
media untuk memboikot calon PAS di situ.Mereka hanya hadir setelah
dijemput untuk menjayakan program memasak bubur assyura.
Walaubagaimanpun
bagi aku,inilah hikmahnya di sebalik pengumuman awal calon-calon PAS
kepada ahli-ahli akar umbi.Dengan ini,segala sabotaj oleh ahli sendiri
dapat dikesan lebih awal dan proses untuk menanganinya akan dapat
dilaksanakan segera.Itu kita serah kepada kebijaksanaan pemimpin PAS
kawasan.
Berbeza dengan Umno,sehingga kini masih merahsiakan calon mereka waima ketua-ketua Umno Cawangan Pun masih tidak mengetahuinya.
Namun
maklumat dari sumber tidak rasmi mengatakan kemungkinan besar kerusi
DUN Selama pada PRU 13 kali ini tidak lagi ditandingi penyandangnya
sekarang iaitu YB Dato Mohd Daud kerana beliau bukanlah calon “winnable
candidate” yang diyakini mampu mempertahankan kerusi itu daripada
dirampas PAS.Ditambah pula dengan sokongan terhadap PAS yang semakin
meningkat setiap hari di kawasan tersebut dan sewaktu PRU yang lalu Dato
Daud hanya menang tipis kepada PAS.
Namun
siapa calon baru yang bakal menggantikan tempat Dato’ Daud? Desas desus
dan maklumat tidak rasmi daripada sumber dalaman Umno mengatakan calon
tersebut adalah anak tempatan selama yang juga merupakan kroni dan
Pegawai Khas kepada ADUN Selama ini
.
Inilah
orang yang dimaksudkan.Nama beliau ialah Dato’ Rodzi Awang Kechik,anak
tempatan Selama berasal dari Kg Kuala Nor yang kini sedang bergiat aktif
dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan Umno di
peringkat DUN Selama.
Setelah
ditabur segala wang daripada kocek sendiri kepada masyarakat di Selama
ini,tidak mustahil namanya akan tercalon sebagai calon boleh menang
Umno di DUN tersebut pada pilihan raya akan datang.
Namun
ada satu cerita menarik berhubung latar belakang Datuk Rodzi ini yang
ingin aku kongsikan di sini.Untuk pengetahuan semua,Datuk Rodzi sebelum
ini hanyalah orang-orang biasa yang tiba2 menjadi jutawan selepas
memenangi judi ekor (JACKPOT).
Berpuluh
juta jugalah habuan yang diterimanya hasil daripada kemenangannya
itu.Menjadi kaya secara mendadak,selang beberapa bulan selepas itu
beliau telah dianugerahkan pangkat Dato’ oleh Yang Di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan.
Kini
bukan sahaja gelaran Datuk sahaja yang berada di pangkal namanya tetapi
juga Dr. Ramai yang mempertikai status Dr yang dimiliki Rodzi ini
kerana dikhabarkan oleh beberapa orang rakan-rakan lamanya kepada aku
yang si Rodzi ini langsung tidak pernah sekalipun belajar di mana-mana
university.
Jangan
dikatakan PHD,Diploma pun dah “confirm” tak ada.Habis macam mana dia
boleh dapat gelaran Dr? Haha,itu kena tanya kepada Umno la,di negara
kita,macam-macam gelaran yang boleh didapat asalkan berduit lebat.
Bekas
rakannya itu bercerita lagi kepada aku yang selepas sahaja si Rodzi
menjadi kaya,beliau terus berubah sikap,”Ibarat kacang lupakan
kulit”.Rakan-rakan yang dahulunya sama-sama bersusah dan senang dengan
beliau terus ditinggalkan.
Kini
si Rodzi ini lebih suka mendekati orang-orang yang setaraf
dengannya.Pernah salah seorang rakannya menyapa beliau dengan gelaran
nama sahaja,tetapi rakannya itu telah dimarahi oleh si rodzi ini kerana
tidak memanggilnya dengan gelaran Datuk.Inilah jenis manusia yang lupa
daratan.
Aku
yakin dan percaya Datuk Daud selaku anak jati selama sebelum ini sudah
pun mengetahui tentang “background” si rodzi ini.Namun Datuk Daud tetap
juga melantik si Rodzi ini sebagai pegawai Khas beliau.
(Datuk Rodzi bersama ketua Umno Larut,Raja Ahmad
dan Timbalannya,Datuk Daud dalam satu program
bersama masyarakat India di Selama)
(Di program ceramah Umno bertajuk "Bongkar penyelewengan PAS" di Selama)
(Merasmikan mesyuarat Agung Tahunan PERKASA Larut Matang&Selama)
Bolehkah
aku dan seluruh masyarakat di sini terutannya ahli Umno Larut tahu.Atas
kepentingan apa Datuk Daud melantik si Rodzi ini sebagai pegawai Khas
beliau ? Adakah beliau dibayar gaji untuk tugas itu? Jika dibayar,berapa
jumlah gajinya? Adakah ia sepadan dengan status si Rodzi sebagai
seorang jutawan?
Kekayaan
si Rodzi ini jauh berlipatkaliganda banyaknya daripada jumlah kekayaan
Datuk Daud.Relevankan jika si Rodzi ini menerima bayaran gaji dari Datuk
Daud?
Atau
kedua-dua mereka sememangkan ada kepentingan tersendiri yang ingin
didapatkan daripada partner masing-masing.Si Rodzi ada sesuatu yang
hendak didapatkan daripada Datuk Daud dan Datuk Daud pula ada sesuatu
yang hendak didapatkan daripada Si Rodzi ini..
Dan
mungkinkah juga Umno Larut selama ini telah menerima suntikan dana
daripada daripada si Rodzi jutawan judi ini? Jika benar,ia seharusnya
menjadi sesuatu perkara yang sepatutnya menggugat sensitivity ahli-ahli
Umno bawahan di sini.
Lupakah
kita beberapa tahun lalu di pulau Pinang,peristiwa ahli Umno
beramai-ramai memulangkan wang yang diagihkan kepada warga emas oleh
kerajaan negeri oleh sebab ianya datang daripada hasil judi.
Jika
benar Umno Larut ada menerima suntikan dana daripada si Rodzi ini,maka
ahli Umno Larut diseru agar mengembalikan semula wang yang diterima
mereka.Bukankah mereka dibayar dalam setiap kehadiran di mesyuarat dan
program Umno? Jangan pula jadi orang yang menjilat semula lendir
kahak,dulu kata haram terima duit judi,sekarang disebabkan aku yang
terima,maka dah jadi halal.hehe..
Berbalik
kepada persoalan calon PAS DUN Selama.Apa yang ingin aku katakan kepada
pemimpin-pemimpin Umno Larut yang dilihat begitu ghairah memberi
kenyataan di akhbar berhubung krisis kecil yang berlaku dalam PAS
kawasan Larut ini.
Tak
kisahlah siapakah calon yang akan diturunkan PAS untuk bertanding di
DUN tersebut ,yang pasti calon itu bukanlah seorang jutawan judi dan
tidak juga dibayangi hubungan dengan mana-mana jutawan judi seperti
Timbalan Ketua Umno Larut,Dato’ Daud merangkap ADUN Selama.hehe
Kepada
ahli-ahli PAS yang terlibat,sedarlah..kita sekarang ibarat saling
bekerjasama mengemudi sebuah kapal yang didalamnya sarat dengan muatan
khazanah bernilai.Janganlah pula apabila nakhoda mengarahkan supaya
dinaikkan layar,maka yang dibuat oleh kita ialah menurunkan sauh,maka
kita yang sepatutnya bergerak ke hadapan tetapi terkandas pula di tengah
lautan.
Berhati-hatilah
dengan perangkap Umno.Ingat,perkara asas yang perlu diketahui dalam
sesebuah peperangan adalah mengenali siapa musuh kita dan musuh kita
sekarang adalah Umno.Janganlah prinsip yang terbina sejak sekian lama
ini tergadai hanya kerana calon yang kita minati tidak dipilih.
Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak,tetapi nasihat aku,akurlah dengan apa sahaja keputusan yang telah ditentukan pimpinan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat.Itulah adab dalam berjemaah.PersepsiKitaBerbeza
15 comments:
Nasihat aku pada pas, dengarlah suara akar umbi, jgn hanya patuh pada arahan anwarinas dan dap. Ini sbb ahli akar umbi yg akan jagi penggerak kpd perjuangan kebajikan parti pas.
penulisan yang amat cantik gua amat setuju,ayoh kita humbankan bn/umno/apco.
Paspb ni tak tau malu ke? Akar umbi menyatakan bantahan pun salah umno. Dengar dan fahami kenapa mereka buat bantahan, bukannya terus menuding jari pada umno..
Jgn lah memukul ular yg sedang memakan tikus. Ini membuat tikus bertambah banyak
Tak ke ah jib kata kena terima calon pucuk pimpinan. Ada lagi ke yg tak faham? Sendiri berak,tak ngaku. Org berak, cepat je menghidu....
Betul tuuuuuuuu.. Kena ikut akar umbi... Bnyok mne umbi dgn akar x setuju.. Kna fikir... Dalam Pas pun ramai yg gila pangkat.jawatan.projek... Jenis ni kita panggil SYOK.. Kita rakyat tentukan siapa yg kita pilih... Inilah masa pakatan Nilai calun.. Ingat Kita Berjuang bukan kerana Pangkat atau Jawatan.. Pemimpin kena ingat AMANAH RAKYAT.. Jangan jadi macam Umno..Ingat Rakyat Melihat... Insaflah...
Terima kasih sbb buat pendedahan dalam pas pun ramai yg giler pangkat. Pas skrg memang begitu, mengamalkan kroni dan mengutamakan jawatan dan pangkat
Saki baki Hasan Jati. Nasarudin masih ada. Tp kampung. org panggil kena selumbar je.. Sekejap je sakit.. Tp dalam Umno Nanoh terus... Busuk tak teramat sangat... Nok muntah rasa.....Kih.kih.kih.....
Kepada biawak-biawak UMNO yang gatal mulut membuat komen kat sini, simpanlah komen anda itu kerana bila UMNO/BN mengumumkan senarai calon nanti, kau orang tengoklah berapa ramai golongan makhluk perosak yang akan muncul di kalangan kau orang.
Tak perlulah nak perburukkan Umno Larut sebab Umno belumpun mengumumkan siapa calonnya di situ.
Realitinya sekarang ialah pergolakan berlaku dalam Pas di situ. Akar umbi Pas sedang memberontak. Mereka tak mau calon pilihan pucuk pimpinan.
Kalau hasrat mereka tidak dipedulikan juga maka jentera Pas akan di sabotaj dan ahli tidak mahu keluar mengundi.
Berbeza dengan Umno Larut yang sehingga kini tetap kekal padu dan bersatu.
waduh! Nampaknya puak Anwarinas makin ketara menguasai senarai calon Pas untuk PRU13.
kok, baru empat bulan masuk Pas udah bisa jadi calon !....alahai, calon dari golongan ulamak pas semakin pupus.
Pas memang memperjuangkan kebajikan, tapi kebajikan kroni. Tulah sbb ahli sendiri memberontak
Mungkin puak ni biasa dpt kain pelikat kot. Bila tak dpt, mula nak berentak. Rakab!!! Bila kain pelikat nak sampai?
kain pelikat yang bapak kau pakai,..itu ler dia!
lagi mau tanya bila sampai pulak!.
Byk kenyataan bodoh kluaq dr pnyokong amenu sampah..puiii..
Post a Comment