Peguam pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri
Anwar Ibrahim, Latheefa Koya, membidas kenyataan Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggelarkan Himpunan Kebangkitan
Rakyat yang akan diadakan Sabtu ini sebagai “Himpunan Shamsidar”.
Beliau berkata kenyataan tersebut adalah sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah yang melibatkan Anwar.
“Untuk peringatan Shamsidar tidak pernah dipanggil atau
disenaraikan sebagai saksi sebarang kes tertunggak yang melibatkan Anwar
Ibrahim.
“Lagipun, kes tertunggak yang melibatkan Anwar Ibrahim
adalah kes saman beliau ke atas Utusan Malaysia atas laporan temubual
BBC dan tidak melibatkan Shamsidar langsung,” kata Latheefa dalam
kenyataan medianya hari ini.
Semalam, Muhyiddin dalam satu kenyataan ketika beliau
melawat Negeri Sembilan semalam, berkata “Himpunan Shamsidar” pada Sabtu
ini disifatkan sebagai membuang masa kerana dilihat menjadi tempat
untuk melindungi pemimpin tertentu.
“Perhimpunan ini bukan memperjuangkan isu nasional mahu
pun kepentingan dalam parti, tetapi semata-mata soal peribadi individu
tertentu.
Mungkin kerana mereka ada muslihat mahu melindungi pemimpin
mereka dan takut apa yang berlaku di mahkamah, sebab itulah mereka
mengheret penyokong dan rakyat jelata untuk berhimpun.
“Sepatutnya hal seperti ini kita serahkan kepada mahkamah.
Jika mahkamah fikirkan ada keperluan individu itu di bawa ke kandang
saksi untuk membuat sebarang kenyataan bagi menyokong kes tertentu, itu
adalah hak mahkamah,” kata Muhyiddin semalam.
Menurut Latheefa lagi, kes saman Anwar ke atas Datuk K.S
Nallakarupan mengenai kenyataan beliau di Utusan Malaysia ditangguhkan
di Mahkamah Rayuan kerana pihak pembelaan Nallakarupan masih mempunyai
beberapa isu yang belum diselesaikan.
“Jadi, ini benar-benar mengejutkan dan Timbalan Perdana
Menteri menipu bila kenyataannya (mengenai Shamsidar) jelas tidak
mempunyai asas,” kata Latheefa lagi.
Shamsidar Taharin merupakan isteri kepada Timbalan
Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali, yang didakwa oleh Nallakarupan
mempunyai hubungan sulit dengan Ketua Pembangkang tersebut semasa beliau
menjadi Timbalan Perdana Menteri.~ MI
2 comments:
U no class la Muhyidin!!! :)
kampung mari anak yassin ni.
Post a Comment