KUALA LUMPUR 14 Jan: Akhbar Australia, The Age
meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno
BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Najib
menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang.
Internet di Malaysia sedang ‘panas’ dengan pendedahan seorang ahli
perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang
mempunyai hubungan dengan Umno,” tulis portal akhbar itu semalam.
Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian
usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.
The Age mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai
USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan
hubungannya dengan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya
pada 2006.
“Antara
tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang
dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh
penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan
seksual dengan Altantuya.
“Terdapat perbalahan dalam Umno yang berkuasa dalam negara selama
lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib
menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan.
“Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran
terbesar kepada pemerintahan Umno. Najib sendiri mengatakan ia sebagai
‘titik penentu nasib rakyat dan negara’,” akhbar itu dipetik.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43143
1 comment:
Alhamdulillah, bersyukur kita pada Allah SWT....Bangkai telah ketemu bila terdapat baunya....Beginilah akhirnya Al Kisah jikalau manusia melanggar hukum Allah SWT....Bila duduk diatas manusia manusia bisa lupa daratan.....kini nampaknya sudah mahu tersungkur, mungkin akan terperap dalam penjara.....alhamdulillah.
Post a Comment