PARIT BUNTAR : Seramai 30 orang anak yatim dan miskin mendapat
perhatian Pas Kawasan Parit Buntar untuk membantu mereka menyediakan pakaian
serta beg sekolah sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2013.
Penyelaras program, Hamdan
Fadel Ahmad berkata, Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan program tahunan
Pas Kawasan Parit Buntar bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan
membuat persediaan untuk kembali ke sekolah.
“ Pas Kawasan Parit
Buntar dengan kerjasama pihak korporat akan membantu pelajar-pelajar yang
terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sessi
persekolahan 2013.
“Program ini memfokuskan kepada anak-anak yatim miskin
dan anak-anak golongan fakir miskin di Parit Buntar.
Hamdan berkata, objektif utama program ini adalah
mengurangkan beban golongan fakir miskin dalam membuat persediaan untuk
membolehkan anak-anak mereka meneruskan sessi persekolahan 2013 dengan
kelengkapan yang mencukupi.
“ Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi
uniform sekolah, kasut dan beg sekolah .
“ Lebih menarik lagi, sesi bantuan ini turut
melibatkan penyertaan pelajar tersebut. Mereka akan kami bawa ke pusat
beli-belah untuk mereka merasai sendiri keseronokan membuat persiapan
persekolahan, katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak,
Ustaz Abu Bakar Husain dan isteri Puan Norain Omar
telah meluangkan masa menyantuni pelajar-pelajar ini memilih pakaian sekolah di
sebuah pasaraya di Parit Buntar.
Ust. Abu Bakar berharap sumbangan ini akan menyuntik semangat
kepada pelajar untuk belajar dan berjaya
" Apa yang
ingin kami berikan sebenarnya bukan sekadar pakaian serta barang kelengkapan
persekolahan tetapi kasih sayang kepada anak yatim.
“ Kami akan menemani mereka untuk membeli dan memilih
pakaian yang bersesuaian agar mereka dapat merasai sendiri bagaimana
rakan-rakan mereka yang lain saban tahun ditemani oleh ayah atau ibu tersayang
bagi membeli barangan keperluan sekolah” katanya
Beliau gembira dapat bersama Pas Kawasan Parit Buntar
menjayakan program ‘Kembali Ke Sekolah”
" Sebelum ini , seramai 300 pelajar di Parit
Buntar telah menerima bantuan beg sekolah melalui program ini.
“ Kami merancang untuk meraikan lebih ramai lagi pelajar
yang memerlukan pada pada tahun hadapan” katanya
Ust. Abu Bakar menemani pelajar memilih kasut sekolah
Puan Noraini Omar mengenakan pakaian sesuai kepada pelajar
Ust. Abu Bakar menyampaikan uniform sekolah kepada pelajar
Ust. Abu Bakar mendoakan kejayaan pelajar
No comments:
Post a Comment