Malaysia hilang kepentingan pada mata Jepun
Malaysia disifatkan telah hilang kepentingan pada pandangan gergasi ekonomi dunia iaitu Jepun apabila tiada dalam pilihan lawatan pertama Perdana Menteri Jepun yang baru, Shinzo Abe
Demikian kata Datuk Kamarudin Jaffar dalam kenyataanya kepada Harakahdaily ketika mengulas langkah PM baru Jepun yang tidak menyenaraikan Malaysia dalam negeri pertama yang hendak di lawati.
Bagi beliau, selain hilang kepentingan, boleh jadi juga tindakan ini diambil ekoran Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) baru-baru ini.
"Mungkin himpunan yang sangat hebat baru-baru ini menyebabkan Jepun tidak mahu membuat apa-apa komitmen dengan kerajaan yang ada sekarang," kata Kamarudin, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.
PM Jepun yang baru, Shinzo Abe memilih untuk melawat Asia Tenggara berbanding Amerika Syarikat minggu depan sebagai negara pertama yang hendak dilawatinya.
Beliau memilih Indonesia, Thailand dan Vietnam dan mengenepikan Malaysia dalam senarai negeri pertama yang hendak dilawatinya.
Bagi Kamarudin, hilangnya Malaysia dalam senarai negeri pertama yang hendak dilawati membayangkan kepentingan negara ini pada mata gergasi ekonomi dunia itu
2 comments:
duit buruh paksa yang diberikan oleh kerajaan jepun bertujuan untuk meminta maaf diatas kekerasan warga jepun yang menyiksa warga negar ini pun telah disapu oleh mamak yahudi mahathir
Kasihan!,kebanyakan rakyat malaysia masih xtau isu2 yg sebenar atau yg dreka2.yg pasti tun M masih dsanjung2.
Post a Comment