KOTA KINABALU 14 Jan: Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung imigran
Sabah diberitahu hari ini bahawa seramai 73,000 pelarian daripada
Filipina dibenarkan menjadi penduduk tetap di negeri itu oleh kerajaan
negeri di antara 1970 hingga 1984.
Ketua Unit Penempatan di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Abdul Jaafar
Alip memberitahu RCI, bahawa salah satu daripada syarat untuk melayakkan
individu terbabit adalah pelarian itu haruslah seorang Islam.
Syarat lain yang ditetapkan adalah pelarian itu mesti daripada
kawasan Region Nine Filipina, yang juga dikenali sebagai Mindanao Barat
atau Semenanjung Zamboanga, dan terjejas secara langsung daripada
konflik berterusan wilayah itu dan berniat untuk tinggal di Sabah secara
tetap.
Bagaimanapun, syarat untuk melayakkan diri bagi mendapatkan status
orang tidak bertempat itu sama, namun mereka tidak seharusnya seorang
Islam, kata Abdul Jaafar.
Tambahnya, kerajaan negeri menerima individu daripada semua agama sebagai orang tidak bertempat.
Beliau memberitahu inkuiri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu petang ini.
Abdul Jaafar berkata, lima penempatan pelarian ditubuhkan antara 1984
hingga 2008 – penempatan Telipok dan Kinarut di Kota Kinabalu, Kampung
Bahagia di Sandakan, Kampung Selamat di Semporna dan penempatan Hidayah
di Tawau.
Pendengaran inkuiri RCI mengenai imigran Sabah ditangguh pada jam
2.47 petang dan dipindahkan hari ini berikutan satu ancaman bom. – Malaysiakini
No comments:
Post a Comment