KUALA LUMPUR 10 Jan: Satu tinjauan yang dijalankan menjelang Pilihan
Raya Umum ke-13 mendapati populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak menurun dua peratus ke tahap 63 peratus, berbanding 65 peratus
pada November lalu.
Kajian
Merdeka Center itu menyebut, sentimen pengundi Cina menurun ke tahap 34
peratus walaupun penerimaan pengundi Cina dan India kekal utuh di tahap
77 peratus dan 76 peratus.
Kenyataan pusat kajian itu menyatakan, tinjauan itu dijalankan secara
panggilan telefon pada Disember tahun lalu ke atas sampel melibatkan
1,018 pengundi berdaftar.
Menurut Merdeka Center, responden dalam sampel itu terdiri daripada
59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India, yang dipilih
berdasarkan etnik, jantian dan negeri.
Tinjauan Merdeka Center selepas pengumuman Belanjawan 2013
menunjukkan populariti Najib hanya meningkat sedikit ke takah 65 peratus
pada November lalu berbanding 64 peratus pada Jun 2012. – Malaysiakini
1 comment:
Kajian merdeka centre rupanya.....huh huh huh
Post a Comment