"Amat pelik apabila kerajaan, BN dan parti-parti komponennya terutama Umno hanya pandai mendesak pihak lain sahaja menyatakan sebarang pendirian rasmi berhubung isu kalimah Allah.
"Sekarang, rakyat hendak tahu apa pendirian kerajaan, BN dan setiap satu komponennya mengenai isu itu," kata beliau.
Mahfuz berkata, sudah sampai masanya kerajaan, BN dan setiap satu komponennya menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah. Teruskan baca DISINI
Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan
langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab
Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan “menodai” undang-undang
Islam negara ini.
Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah
“diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan
yang beragama Islam.
“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini
berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada
pihak yang menceroboh dari dalam.
“Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat
undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang
telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat,” katanya
kepada The Malaysian Insider.
Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam
dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.
“Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang
yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.
“Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang
mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri,
kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini,”
katanya.
Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu
permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan
rakyat terutamanya penganut Kristian.
“Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.
“Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam
tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh
orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai,” katanya.
Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu.
Teruskan baca SUMBER
No comments:
Post a Comment