Himpunan Kebangkitan
Rakyat (HKR) bakal menjadi momen bersejarah sebelum pilihan raya umum,
sebagai signal kepada kerajaan Umno BN bahawa peralihan kuasa boleh
berlaku secara aman, kata Pengarahnya, Mohamad Sabu.
“Himpunan ini akan menjadi contoh kepada negara dunia ketiga yang lain, dan menjadi simbolik peralihan kuasa secara aman.
Himpunan Kebangkitan
Rakyat di Stadium Merdeka semalam kerana kejayaannya menarik sejuta
rakyat untuk berkumpul di dalam dan di luar stadium bersejarah itu.
Pertamanya kita berterima kasih kepada Hj Mohamad Sabu kerana berjaya
mengetuai jawatankuasa yang telah berjaya menyempurnakan himpunan itu
dengan begitu berjaya dalam sejarah politik negara.
Sifat beliau yang
disenangi semua pihak tanpa banyak protokol pemangkin kejayaan misi yang
diamanahkan kepada beliau.
Tidak juga lengkap jika kita tidak mengucapkan syabas kepada pihak Polis yang telah menjaga keselamatan perhimpunan itu.
Keadaan aman ini juga telah membuktikan yang menjaga perhimpunan dengan jujur adalah baik dan menjauhi dari melakukan provokasi seperti yang dilakukan pada perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu adalah perkara terpuji dan ia sedikit sebanyak memperbaiki imej PDRM dari kaca mata rakyat bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga baik dari segi pandangan masyarakat antarabangsa.
PAS adalah parti yang begitu berpengalaman yang telah
membentuk dan membina Unit Amalnya yang bekerja dengan jujur dan ikhlas
untuk mempastikan perjalanan apa-apa program parti itu berlaku dengan
lancar.
No comments:
Post a Comment