KUALA LUMPUR 31 Jan: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah.
Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.
Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.
“Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama
media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi
sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat
kerajaan,” jelas Azan mengulas keputusan itu.
Azan menuntut Utusan membuat permohonan maaf terbuka sebagai bukti mereka menyedari kesilapan dan perlu menyiarkan berita dengan telus.
“Saya
tidak langsung memikirkan jumlah wang yang mereka mahu bayar, tapi
mereka perlu menyedari apa yang mereka buat dan memberitahu kesilapan
mereka kerana menyiarkan berita tidak benar,” katanya ditemani peguam, A
Vasudevan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Menurutnya, pada 5 Februari, skala permohonan maaf akan ditentukan
pihak mahkamah, dan jika Pengerusi KEADILAN Terengganu itu tidak berpuas
hati, kes akan dibicarakan secara terbuka.
Azan memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan
pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa
beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambar beliau bersama ahli
politik yang keluar sebelum itu.
Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita
kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan
termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi
Biro Keahlian Negeri ketika itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44157
No comments:
Post a Comment