Monday, January 14, 2013

KHAIRY TAK MENGAKU KAWAN!!! Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM kutuk Presiden Suara Wanita 1 Malaysia


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.

1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.

2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi "haiwan bermasalah" yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.


3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.

4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.

5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar.

INTAFF Society Committee 2012 via We Are All Bawani


Bila geng dah kena kutuk 1Malaysia, Khairy pun cepat-cepat buat pengumuman Presiden Suara Wanita 1 Malaysia bukan kawan BN....

Khairy tak tahukah Sharifah Zohrah Jabeen Syed Shah, Presiden Suara Wanita 1M'sia ini juga Timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan. Kimma ni penyokong kuat BN. 
 

3 comments:

Amuraria said...

KEANGGKUHAN YANG TIADA TARA,MENGHAIWANKAN INSAN LAIN TAPI DIRI SEBENAR LEBIH HINA DARI HAIWAN MALAHAN KONON TERPELAJAR ! ROSAK MALAYSIA JIKA SPESIS MACAM INI BANYAK DI NEGARA ! ABU !

wakelong said...

Penjaga binatang sarkas

Anonymous said...

Pompuan putus wayar