Deepak berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan semalam tetapi pegawai yang akan beliau temui itu sibuk.
"Oleh itu dia telah meminta saya untuk ke sana dalam minggu ini. Saya akan maklumkan kepada media dengan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana saya akan memerlukan bantuan media sebelum masuk.
"Saya akan memberitahu media tentang apa yang saya akan maklumkan kepada SPRM sebelum perjumpaan itu," katanya.
Ditanya mengenai identiti pegawai yang telah memanggilnya, Deepak memberitahu beliau tidak dapat mendedahkannya namun menyatakan bahawa beliau pernah berurusan dengan pegawai berkenaan sebelum ini.
Deepak juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai punca kehadiran beliau dan hanya mengatakan akan mendedahkan perkara itu sebelum memasuki pejabat SPRM.
Bagaimanapun, dipercayai antara isu yang menjadi perhatian SPRM termasuk skandal pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu selain isu rasuah RM5 juta yang dibayar kepada penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang diarah membuat akuan bersumpah (SD) kedua bagi menutup akuan pertama yang mengaitkan perdana menteri, Najib dengan misteri pembunuhan model itu.
Arahan dikatakan sudah dikeluarkan bagi meneruskan penyiasatan termasuk mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pejabat Peguam Negara dan keputusannya bergantung kepada keterangan yang bakal diberikan Deepak dalam masa terdekat.
Sebelum ini, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendesak SPRM dan pihak berkuasa menyiasat dakwaan Deepak yang terus mencalarkan imej Najib dan negara kerana sehingga kini tiada sebarang penafian atau penjelasan diberikan mana-mana pihak.
PANAS! Deepak Tepati Janji!
Perdana menteri, Najib terus dihimpit resah gelisah lagi!
JALAN PULANG
Seperti
dijanjikan, buku berkaitan pengelibatan peniaga permaidani, Deepak
Jaikishan dalam penukaran akuan bersumpah pertama kepada yang kedua P.
Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala mula diedarkan
kepada media.
Buku setebal 26
muka surat dengan tajuk “The Black Rose — Black Rose 1.0” yang
dikirimkan melalui emel itu menggunakan nama “Spirit of Altantunya”
sebagai penulisnya.
Buku itu
bagaimanapun tidak menggunakan nama sebenar watak terlibat, sebaliknya
jalan cerita buku tersebut menggunakan nama samaran untuk watak-wataknya
seperti Kapeed, Black Rose, Bijan, dan banyak lagi.
Deepak sebelum
ini berjanji akan menerbitkan sebuah buku bagi menceritakan pelbagai
pengalamannya dalam penarikkan akuan bersumpah Bala mengenai pembunuhan
warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Deepak baru-baru
ini mencetus kontroversi dan mendapat perhatian umum apabila mendakwa
beliau ditipu Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Raja Ropiaah Abdullah
berhubung pembelian tanah di Bukit Raja.
Beliau juga
turut melakukan beberapa pendedahan berhubung penglibatannya dalam akaun
bersumpah kedua Bala mengaitkan kes pembunuhan model Altantuya pada
tahun 2006.
KEADILAN melalui
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli ketika sidang medianya mendakwa
pembelian syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd oleh kerajaan adalah
untuk menutup Deepak daripada terus melakukan pendedahan.
Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT), melalui unit pelaburannya Boustead Holdings
Berhad, Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk memiliki 200 ekar tanah
daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd milik Raja Ropiaah.
Selain itu, dana
itu turut digunakan untuk membeli Astacanggih pada harga RM30 juta,
yang mana dakwa pembangkang sebagai “rasuah” dan tindakan untuk menutup
mulut peniaga karpet itu daripada terus mendedahkan penyelewengan
kerajaan.
Pada hari yang
sama, Deepak turut menarik balik saman yang dikenakannya terhadap
Putrajaya atas kesalahan pelanggaran perjanjian terhadap tanah di Bukit
Raja.
Deepak sebelum
ini memfailkan saman terhadap Awan Megah terhadap pelanggaran perjanjian
jual beli ke atas tanah 200 ekar tersebut, dan menamakan firma
tersebut, Kementerian Pertahanan, unit hartanah kerajaan Syarikat Tanah
Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam samannya.
Astacanggih
bersetuju untuk membeli tiga bahagian tanah itu pada 2007 untuk RM13
juta dan RM72 juta jaminan bank untuk bon tanah daripada Raja Ropiah,
yang diberikan RM100 juta perjanjian penswastaan untuk membangunkan
Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).
Tanah itu
sepatutnya diletakkan di bawah syarikat bertujuan khas Cebur Megah
kerana kerajaan tidak membenarkan tanah yang diswastakan dijual kepada
pemenang. Tanah masih lagi dalam tangan kerajaan kerana projek itu akan
dilaksanakan.
Ketua Wanita
Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah pada RM2 juta tubai dan
RM16 juta fasiliti overdraf dalam “kerjasama” dengan Guppyunip Sdn Bhd,
syarikat yang mengkhusus kepada barangan plastik.
Sehubungan itu,
kerajaan Pakatan RakyatSelangor yang diterajui KEADILAN, melalui satu
kenyataan berjanji akan menghalang urusan pertukaran nama tanah
tersebut.
Buku yang diedarkan hari turut menyatakan akan ada siri kedua yang akan menggunakan tajuk “Black Magic Women.”
12 comments:
Wah... Gempak! Tajuk buku 'the black rose' dan 'black magic women'. Pas tgh nak mempromosi sihir hitam ke?
Paspb, ko tak nak buat ulasan pasal abg nuar buat bantahan shamsidar antara saksi dipanggil dimahkamah berhubung kes saman nallakarupan ke? Abg nuar ni mcm takut je. Org tua2 cakap, berani kerana benar, takut krn salah..
Paspb, ulaslah sikit pasal tajuk buku tu. Kenapa menggunakan tajuk yg berasaskan sihir gelap? Tak salah dan menyukutukan Allah ke bila pas mempromosikan sihir ni?
puak umporno ni dah sawan gila babi
beruk umno sekor ni memamg la ada mental sikit. kasihan kat dia
umno bn dah lama promosi dosa di tv dan media massa
umno bn dah lama promosi dosa di tv dan media massa
Lps pas promote syiah dgn kristian, skrg nak promote sihir hitam pulak? Kenapa teruk sgt pas skrg ni? Tlg lah berubah, sbb rakyat skrg sudah semakin bijak!
Woo... Dah tertulis ajal Deepak di sana..
rakyat sedar sihir dajal umno bn sangat bahaya
HE!HE!HE!
USAH MARAH PASPB. BILA DIA TULIS ' DEKAT PRU 13, NAJIB TERTEKAN MAKA' MAKA SEMUA RAKYAT TAHU INI ' CERITA' PILIHANRAYA...
TERIMA KASIH PASPB. KALAU NAK TULIS JUGA TULISLAH PULAK KES KU IS NAK JATUHKAN TANTAWI, ADA ORANG PAS KUALA NAK SABOTAJ KU IS...SERONOK NI...
luncai tertekan mental dah.he3.jangan marah
Post a Comment