Tuesday, January 1, 2013

TAK CUKUP DENGAN TV!!! Dalam gerabak KTM Komuter pun , Umno / BN berkempen

KUALA LUMPUR 2 Januari: Iklan ‘Sayangi BN’ dalam gerabak KTM Komuter bukti ketakutan Umno dan Perdana Menteri yang terdesak meraih simpati rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Haniza Talha.

Beliau mengulas pemasangan video iklan tiga minit bermula Sabtu lalu memaparkan pertemuan Datuk Seri Najib Razak bersama rakyat.

“Saya dapat maklumat iklan itu dimainkan pada waktu puncak, iaitu ketika orang ramai bersesak-sesak menaiki komuter.


“Kenapa perlu kempen begitu sekali? Ia jelas melanggar etika GLC (badan bukan kerajaan),” katanya ketika dihubungi.

Iklan tersebut dipasang sempena Karnival Sayangi Selangor anjuran BN negeri pada 29 Disember lalu, yang turut memaparkan logo serta slogan BN seperti, “Yakini BN-Sayangi Selangor”, “Dikau menjamin harapan” dan “Sekian lama aman sejahtera”.

“Saluran televisyen, radio, malah agensi-agensi kerajaan semua dikuasai Umno BN. Kenapa begitu terdesak? Kalau benar BN perintah dengan baik dan telus, kenapa nak takut? Rakyat pasti boleh nilai sendiri,” tegas Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu.

“Dalam menuju negara maju, rakyat perlu diberi pandangan dan maklumat secara terbuka. Mereka ada hak untuk memilih, tapi kerajaan tutup semua medium perdana untuk akses kepada maklumat dan kemudian suruh rakyat buat pilihan,” tambahnya.

April tahun lalu, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.

Pada Julai pula, sempena Ramadhan, kira-kira 15 pekerja KTM terlibat mengagihkan kurma di beberapa stesen komuter terpilih dengan memakai baju korporat BN.

Menurut pegawai KTM yang enggan namanya diketahui, kotak kurma yang sebelum ini ditetapkan oleh pihak pembekal, ditukar dengan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di saat akhir.

Selain itu, iklan kempen ‘Sayangi Selangor’ yang menampilkan gambar Najib turut ditampal di tangga, tiang dan gerabak komuter, terutama di laluan menghala ke Pelabuhan Kelang.

Gambar Najib itu diiringi slogan ‘Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan’ dan ‘Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup’.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42237

No comments: