Wednesday, January 16, 2013

MAI BACA!!! Bekas Timbalan JPN Sabah bongkar kerja jahat SPR jadi barua UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUrPd2jJyjspfZ6fo4IuQt9C4S-UUqB0cJTchS4R3dS_9reoStMBm76Nhk6VZYxyVaqQWM9QYPaIACXDZ4K2VKAZEIaPl3fdEHAT9ffLZeIwAb9ky2GPXMVBTm6ILvT6tFi1JaBnUrCUuH/s640/BABI+BABI+BABI+NEGARA+BARISAN+NASIONAL.pngKOTA KINABALU, 16 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama 16,000 pendatang haram di Sabah dan untuk memberikan mereka kad pengenalan (IC), Surhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah diberitahu hari ini.

Pengarah SPR Sabah pada ketika itu Datuk Wan Ahmad telah mengarahkan JPN untuk menukar nama pendatang Indonesia dan Filipina untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah, kata bekas timbalan pengarah JPN Mohd Nasir Sugip yang betugas dari 1992 sehingga 1994 kepada RCI hari ini.




Nama penuh Wan Ahmad tidak diberikan.

“Ops Durian Buruk adalah operasi yang melibatkan penukaran dan mencipta nama baru dari nama yang diberi SPR,” kata Nasir.

“Maksudnya nama ditukar, nombor IC ditukar, tarikh lahir ditukar.. . Dan gambar,” tambahnya.

Nasir mengatakan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1998 kerana memberikan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak.Pen Buruk Online

1 comment:

Anonymous said...

Selalu bnyk pencacai menyalak.. Kali ni sekor pun xnampak...mmg pengkhianat negara...