PARIT BUNTAR : Wacana
Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia anjuran Dewan Muslimat PAS Parit Buntar begitu
berjaya dan mendapat sambutan baik dari golongan wanita di Parit Buntar
Pengarah program
Norijan Omar berkata, program ini adalah
usaha Dewan Muslimat PAS Parit Buntar merangka strategi untuk turun ke akar
umbi bagi menjelaskan kandungan Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia khususnya
wanita di luar bandar.
“ Wacana hari ini bertujuan
mengupas dan menghadam agenda tersebut sebelum meneruskannya di peringkat
parlimen dan cawangan.
“Agenda Berkebajikan Wanita
Malaysia mampu menyediakan program yang lebih berkesan khususnya terhadap
wanita di luar bandar” katanya
Norijan berkata, dua
ahli panel telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja berkaitan Agenda Berkebajikan
Wanita Malaysia .
“
Mereka ialah Ketua Muslimat Pas Malaysia Siti Zailah Mohd Yusoff yang membentangkan
kertas kerja bertajuk ‘Apa itu Caruman Wanita Malaysia? ‘.
“
Manakala Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Malaysia Aiman Athirah Al-Jundi membentangkan
kertas kerja bertajuk ‘Penerangan Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia’”katanya
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pesuruhjaya Pas Perak Ust. Abu Bakar Husin, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ketua Muslimat Pas Perak Dr. Najihatussalehah Ahmad dan Ketua Muslimat Pas Parit Buntar Rahimah Osman
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pesuruhjaya Pas Perak Ust. Abu Bakar Husin, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ketua Muslimat Pas Perak Dr. Najihatussalehah Ahmad dan Ketua Muslimat Pas Parit Buntar Rahimah Osman
Sementara itu , Aiman
Athirah semasa membentangkan kertas kerjanya menjelaskan Agenda Wanita Malaysia menggariskan tujuh tuju-tumpu
wanita sebagai usaha memperkasa dan memberdaya ekonomi, politik dan sosial
golongan itu di negara ini.
“ Agenda ini
digunakan sebagai dasar dan polisi utama Wanita Pakatan Rakyat bagi mengangkat
martabat kumpulan itu sebagai salah satu komponen dalam masyarakat sekaligus
melaksanakannya jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum
akan datang.
“ Tujuh tuju-tumpu ini
terkandung dalam buku agenda yang
bertemakan ‘Wanita Berdaya Negara Sejahtera’” katanya
Beliau menyifatkan ia
satu cabaran yang besar kepada Wanita Pakatan Rakyat dan memuji usaha Dewan
Muslimat Pas Parit Buntar menganjurkan wacana berkenaan untuk memberi kefahaman
tentang agenda tersebut.
“Mendekati wanita di
bandar tidak sama dengan wanita di
kawasan desa dan pedalaman dan cabaran kita yang besar adalah di luar bandar.
“Saya yakin Pakatan
dapat menguasai Putrajaya sekiranya agenda ini mendapat sokongan wanita di luar
bandar” katanya
Ucapan aluan Ketua Muslimat Pas Parit Buntar
Ketua Muslimat Pas Malaysia membentangkan kertas kerjanya
Aiman Athirah membentangkan agenda kebajikan
Sambutan kaum wanita memenuhi dewan
No comments:
Post a Comment