PARIT BUNTAR : Hasrat untuk melebarkan
jalan rakyat Dataran Purnama Kampung Kedah direalisasikan hasil sumbangan warga
prihatin Parit Buntar dan kawasan sekitarnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Jalan
Rakyat Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, kutipan derma dari masyarakat prihatin dibuat
bagi meneruskan rancangan pelebaran jalan rakyat walaupun tanpa bantuan kerajaan.
“ Jalan sepanjang 700 kaki ini perlu dilebarkan
bagi membolehkan kenderaan seperti kereta berselisih tanpa perlu masuk ke bahu
jalan.
"Kita lancarkan kutipan derma bagi menanggung
kos pembiayaan yang besar dan kita berusaha kurangkan kos dengan melaksanakan
secara bergotong royong” katanya ketika ditemui di lokasi gotong-royong, di sini.
Fakhrurrazi berkata, program
gotong-royong melebarkan jalan berkenaan dihadiri lebih 30 orang penduduk
kampung, ahli Jamaah Surau Mujahidin, anggota Unit Amal dan ahli-ahli PAS
sekitar Parit Buntar.
“ Kos melebarkan jalan rakyat ini melibatkan
hampir RM 15 000 bagi membeli simen konkrit.
“ Gotong royong melebarkan jalan ini
dipermudahkan dengan mendapat bantuan jentera pembancuh simen.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada
semua warga prihatin yang menyumbang dan bergotong royong melebarkan jalan
berkenaan.
“Jalan ini adalah laluan yang penting kepada penduduk ke Taman Kerian
Permai, Taman Seri Tenggara, Taman Semarak dan Taman Wawasan
“ Malah, lebih utama jalan ini turut digunakan oleh
pelajar dan guru untuk berulang-alik setiap hari di mana terdapat beberapa
sekolah terletak di kawasan berhampiran” katanya
Hadir sama Pesuruhjaya Pas Perak Ust. Abu Bakar Husin dan
pimpinan PAS Parit Buntar bagi memberi sokongan moral kepada penduduk.
Sekitar gotong Royong lebar jalan rakyat
Pesuruhjaya Pas Perak turut hadir beri sokongan moral
No comments:
Post a Comment