Penulis
telah membuat analisa di semua negeri di semenanjung yang dimenangi BN dalam
PRU 12 kecuali negeri Terengganu.
Analisa pilihanraya
negeri Terengganu tidak sama dengan negeri-negeri lain yang mempunyai pengundi
bercampur. Peratus pengundi Melayu
secara puratanya di negeri Terengganu adalah 85 %, malah banyak kerusi yang mempunyai peratus pengundi Melayu
melebihi 95 %.
Justeru, slogan
‘PAS ganti Umno’ sememangnya sesuai di negeri Terengganu yang menyaksikan
pertembungan sengit antara PAS dan Umno yang mewakili BN.
Hanya dua
kerusi dun yang mempunyai pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu dun
Bandar yang mempunyai hampir 39 % pengundi bukan Melayu dan dun Cukai yang
mempunyai hampir 15 % pengundi bukan Melayu.
Kedua-dua
kerusi ini masih dimenangi calon BN pada PRU 12 kerana sokongan orang Cina
masih memihak kepada BN.
Namun,
bagi PRU 13, kedua-dua kerusi ini bakal menjadi milik PAS kerana sokongan
pengundi Cina kepada PR sudah melebihi 70 %. Buktinya, undi PAS untuk dun
Bandar dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu sudah melebihi undi BN.
Bagi
melihat potensi PAS dan Umno bagi PRU 13, Keputusan pilihanraya umum yang lalu
perlu dijadikan rujukan. Kawasan kubu PAS dan Umno sebenarnya tidak banyak
berubah jika dilihat keputusan pilihanraya sejak tahun 1982.
PAS
mempunyai peluang besar di empat kawasan
parlimen iaitu Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus dan Dungun. Kerusi-kerusi
dun dalam 4 kawasan parlimen ini silih berganti dimenangi oleh PAS dan BN
setiap kali pilihanraya umum.
Malah ,
jika dilihat kepada keputusan majoritinya juga kecil kecuali kerusi-kerusi yang
sememangnya menjadi kubu kuat PAS dan BN.
Kemenangan
BN dalam PRU 2004 berlaku kerana pertambahan tidak normal undi untuk BN , sedangkan
undi untuk PAS tidak berubah malah lebih daripada undi PAS pada PRU 1999. Mengapa
ini berlaku? Sudah banyak analisa tentang perkara ini.
Pada PRU
2008, tidak berlaku pertambahan lagi pertambahan undi tidak normal ini, namun
pertambahan undi untuk PAS masih belum dapat mengatasi pertambahan undi tak
normal BN pada semasa PRU 2004.
Penulis
menjangkakan pada PRU 13, undi PAS akan dapat mengatasi undi BN di banyak
kerusi yang mempunyai majoriti undi 1500-1600 ke bawah dan mengekalkan kerusi
PAS sedia ada.Kenapa?
1.
Pengundi baru di kalangan anak muda 70% akan memihak kepada PAS walaupun
Umno banyak mendaftar pengundi muda ini .
Perlu diingat , Umno memberi ganjaran kepada anak muda yang mendaftar
mengundi melalui pendaftar Umno
2.
Pengundi luar Terengganu yang dibawa masuk semasa PRU 2004 masih ada
dalam daftar pemilih pada PRU 2008 kerana BN tidak menjangkakan tsunami akan
berlaku. Selepas PRU 2008 , BN di negeri asal pengundi ini juga memerlukan undi pengundi ini.
Oleh itu, urusan pemindahan pengundi dari Terengganu ini sebenarnya
telah berlaku . Pertambahan undi yang besar di Selangor juga berpunca dari
pengundi dari Terengganu yang dipindahkan semula ke Selangor.
3.
Pergolakan Umno Terenganu yang tidak berkesudahan antara kem Ahmad Said
dan kem Idris Jusoh, isu-isu penyelewengan , boros dan tidak telus pentadbiran
Terengganu menyebabkan undi atas pagar akan memihak kepada PAS. Suasana lebih
memihak kepada PAS dalam setiap isu yang timbul di Terengganu .
4.
Wang ehsan sudah tidak mudah diberikan sebagaimana semasa PRU 2008
kerana menjadi perebutan antara dua kem. Berlaku saringan yang ketat sehingga
menyebabkan ramai penerima yang dibuang namanya.
5.
PAS Terengganu di bawah Pesuruhjaya Abdul Wahid Endut dan Jentera
Pilihanraya Terengganu di bawah Ariffin Deraman cukup berperanan menjadi
tonggak dalam mengaktifkan semua PAS Kawasan dan Jentera MTD setiap Dun.
Banyak program bercorak kebajikan dan kemasyarakatan di jalankan secara
berterusan terutama melalui MTD setiap
dun. Kesan gelombang sokongan rakyat boleh
dilihat semasa himpunan ‘PAS ganti Umno’.
Berdasarkan
faktor ini , penulis akan menyorot potensi PAS dan BN di setiap dun mengikut
kawasan parlimen di Terengganu
Parlimen / Dun - Maj.
|
1999
|
2004
|
2008
|
Potensi 2013
|
KUALA
TERENGGANU
|
14 448
(PAS)
|
1933 (
BN )
|
628(BN)/2631 (PAS)
|
PAS
|
Wakaf
Mempelam
|
5760 (PAS)
|
1888
(PAS)
|
2193
(PAS)
|
PAS
|
Bandar
|
511 ( PAS
)
|
1612 (
BN )
|
1142 (
BN )
|
PAS
|
Ladang
|
2574
(PAS)
|
1041 (
BN )
|
31 ( PAS
)
|
PAS
|
Batu
Buruk
|
5400 (PAS)
|
140
(PAS)
|
1161 (
PAS )
|
PAS
|
Kerusi
parlimen Terengganu merupakan kubu kuat PAS kerana mempunyai dua dun Wakaf
Mempelam dan Batu Buruk yang sejak sekian lama di menangi PAS.
Kerusi dun Ladang juga pasti akan terus dipertahankan PAS manakala , dun Bandar berpotensi dirampas PAS memandangkan sokongan pengundi Cina yang memihak kepada PAS.
Parlimen / Dun – Maj.
|
1999
|
2004
|
2008
|
Potensi 2013
|
MARANG
|
12700
(PAS)
|
163( BN
)
|
2747(PAS)
|
PAS
|
Alur
Limbat
|
3275 (
PAS )
|
1153 (
BN )
|
799 ( BN
)
|
PAS
|
Bukit
Payung
|
2356( PAS
)
|
720 ( BN
)
|
115
(PAS)
|
PAS
|
Ru Rendang
|
3843
(PAS)
|
1435
(PAS)
|
2686(PAS)
|
PAS
|
Pengkalan
Berangan
|
1609 (
PAS )
|
1371( BN
)
|
930 (BN)
|
PAS
|
Selain
Kuala Terengganu, Marang adalah kerusi parlimen akan mudah dipertahankan PAS.
Kerusi Ru Rendang dan Bukit Payong menjadi kubu akan terus dipertahan PAS.
Manakala kerusi dun Alur Limbat dan Pengkalan Berangan akan menjadi milik PAS
memadangkan majoriti kecil BN yang berpotensi diatasi semasa PRU 13.
Parlimen / Dun – Maj.
|
1999
|
2004
|
2008
|
Potensi 2013
|
KUALA
NERUS
|
7078
(PAS)
|
4097 (
BN )
|
1341 (
BN )
|
PAS
|
Tepuh
|
3057 (
PAS )
|
774 ( BN
)
|
430 ( BN
)
|
PAS
|
Teluk
Pasu
|
2570 ( PAS
)
|
884 ( BN
)
|
462 ( BN
)
|
PAS
|
Seberang
Takir
|
557 ( BN
)
|
1980 (
BN )
|
2430 (
BN )
|
BN
|
Bukit
Tunggal
|
1942 (
PAS )
|
616 ( BN
)
|
336 (
PAS )
|
PAS
|
Berdasarkan
majoriti kecil BN , PAS mampu merampas kerusi parlimen Kuala Nerus, dun Tepuh
dan Teluk Pasu serta mempertahankan dun Bukit Tunggal. Dun Tepuh dan Teluk Pasu
sangat berpotensi kepada PAS kerana undi majoriti BN untuk setiap pilihanraya
adalah kecil dan PAS pernah memenangi kerusi ini.
Manakala dun Seberang Takir adalah kubu kuat
Umno yang tidak pernah tewas walaupun berlaku gelombang perubahan rakyat
Terengganu pada PRU 1999.
Parlimen / Dun – Maj.
|
1999
|
2004
|
2008
|
Potensi 2013
|
DUNGUN
|
8118
(PAS)
|
4896( BN
)
|
4994 (
BN )
|
PAS
|
Bukit
Besi
|
87 ( PAS
)
|
2290 (
BN )
|
2492 (
BN )
|
BN
|
Rantau
Abang
|
2443 ( PAS
)
|
945 ( BN
)
|
790 ( BN
)
|
PAS
|
Sura
|
3173
(PAS)
|
169 ( BN
)
|
1000 (PAS)
|
PAS
|
Paka
|
2686 (
PAS )
|
1444 (
BN )
|
344 ( BN)
|
PAS
|
Sebuah
kerusi parlimen lagi yang berpotensi di menangi PAS ialah Dungun. Ini kerana
tiga kerusi dun Sura, Paka dan Rantau Abang tidak mustahil dimenangi PAS. Dun
Sura akan terus dipertahankan , dun Paka dan Rantau Abang hanya dimenangi
dengan majoriti kecil oleh BN pada PRU 12.
Hanya dun
Bukit Besi yang sukar dirampas PAS kerana PAS hanya memenagi kerusi itu hanya
dengan 87 undi semasa PRU 1999. Sementara pada PRU 12, majoriti untuk BN di dun
ini semakin bertambah walaupun kerusi lain berkurangan.
Parlimen / Dun – Maj.
|
1999
|
2004
|
2008
|
Potensi 2013
|
SETIU
|
3020
(PAS)
|
6696 (
BN )
|
7232 (
BN )
|
BN
|
Jabi
|
1494 (
PAS )
|
1100( BN
)
|
804 ( BN
)
|
PAS
|
Permaisuri
|
451( PAS
)
|
2735( BN
)
|
3639 (
BN )
|
BN
|
Langkap
|
157
(PAS)
|
2192 (
BN )
|
2551 (
BN )
|
BN
|
Batu
Rakit
|
1187 (
PAS )
|
1690 (
BN )
|
1486 (
BN )
|
PAS
|
PAS hanya
berpotensi memenangi kerusi dun Jabi dan Batu Rakit dalam parlimen Setiu. Dun
Jabi dan Batu Rakit adalah kubu PAS bagi parlimen ini. Majoriti kemenangan BN dalam
setiap kali pilihanraya umum bagi dun ini adalah kecil.
Kerusi dun
Permaisuri dan Langkap akan terus dipertahankan BN melihat kepada pertambahan
majoriti semasa PRU 2008 dan kemenangan tipis PAS pada PRU 1999. Jika dua
kerusi ini dimenangi BN, parlimen Setiu juga akan terus menjadi milik BN.
Parlimen / Dun – Maj.
|
1999
|
2004
|
2008
|
Potensi 2013
|
HULU
TERENGGANU
|
4111
(PAS)
|
7760 (
BN )
|
10 460(BN )
|
BN
|
Telemong
|
660 ( BN
)
|
4240 (
BN )
|
5893 (
BN )
|
BN
|
Manir
|
1916 (PAS)
|
310 (PAS)
|
432
(PAS)
|
PAS
|
Kuala
Berang
|
1844
(PAS)
|
1695 (
BN )
|
1592 (
BN )
|
PAS
|
Ajil
|
125 ( BN
)
|
3783 (
BN )
|
4727 (
BN )
|
BN
|
Hanya dun Manir
dan Kuala Berang sahaja yang berpotensi dimenangi PAS di Parlimen Hulu Terengganu.
Manir adalah kubu PAS yang dimenangi setiap kali pilihanraya, dun Kuala Berang
pun di menangi BN dengan majoriti yang mampu diatasi PAS pada PRU 13.
Sama
seperti di parlimen Setiu, kerusi dun Telemong dan Ajil adalah kubu kuat Umno akan terus dipertahankan BN melihat kepada
pertambahan majoriti semasa PRU 2008 dan kemenangan BN pada PRU 1999. Jika dua
kerusi ini dimenangi BN, parlimen Hulu
Terengganu juga akan terus menjadi milik BN.
Parlimen / Dun – Maj.
|
1999
|
2004
|
2008
|
Potensi 2013
|
KEMAMAN
|
1535
(PKR )
|
15882(
BN )
|
12 683(BN
)
|
BN
|
Kemasik
|
104 ( BN
)
|
3082 (
BN )
|
2118 (
BN )
|
BN
|
Kijal
|
264 ( PAS
)
|
3496 (
BN )
|
3157
(BN)
|
BN
|
Cukai
|
436
(PAS)
|
2815 (
BN )
|
769 ( BN
)
|
PAS
|
Air
Putih
|
479
(PAS)
|
4274 (
BN )
|
3821 (
BN )
|
BN
|
Parlimen
Kemaman merupakan kubu BN dan juga kubu Menteri Besar Ahmad Said. Tiga kerusi
dun Kemasik, Kijal dan Air Putih sememangnya sukar dimenangi PAS. Tambahan pula
, faktor kawasan Menteri Besar yang tentunya dilimpahi pelbagai peruntukan
menambahkan kesukaran PAS di sini.
PAS hanya
berpotensi di dun Cukai, memandangkan terdapat hampir 15% pengundi Cina di sini
dan kemenangan BN pada PRU 12 juga kecil mampu diatasi oleh PAS.
Parlimen / Dun – Maj.
|
1999
|
2004
|
2008
|
Potensi 2013
|
BESUT
|
3057
(PAS)
|
8500 (
BN )
|
10590(
BN )
|
BN
|
Kuala
Besut
|
487
(PAS)
|
2027 (
BN )
|
2631( BN
)
|
BN
|
Kota
Putera
|
710 ( PAS
)
|
2013 (
BN )
|
3332 (BN)
|
BN
|
Jertih
|
1464
(PAS)
|
2047( BN
)
|
3046 (BN)
|
BN
|
Hulu
Besut
|
598
(PAS)
|
2633 (
BN )
|
2453 (
BN )
|
BN
|
Perlu
diketahui bahawa parlimen Besut merupakan kawasan parlimen tumpuan PAS sejak bermulanya
pilihanraya umum. Kesemua kerusi dun
dalam parlimen ini dimenangi dengan majoriti yang kecil oleh BN setiap kali
pilihanraya umum kecuali PRU 1999. Malah PAS pernah menang kerusi dun Jertih
pada tahun 1990.
Bagaimanapun
kekuatan PAS di parlimen ini cukup merosot sejak PRU 2004. Walaupun PAS tewas
pada PRU 2004 dan PRU 2008, namun undi kepada PAS adalah meningkat kecuali kesemua
dun dalam parlimen Besut.
PAS
Terengganu mungkin sudah mengenalpasti masalah ini dan mengatasinya. Jika
dilihat semasa himpunan PGU di Besut , nampak sokongan kepada PAS di Besut
bertambah.
Ada dua
kemungkinan pertambahan besar undi BN di Besut. Pertama, kerana kawasan ini
adalah kawasan Menteri Besar dahulu Idris Jusoh. Maka , tentunya pengundi
dilimpahi projek pembangunan dan rasa terhutang budi kepada Idris Jusoh.
Kedua,
pemindahan pengundi luar ke Besut pada PRU 2004 tentulah paling tinggi kerana
kawasan ini adalah kawasan bakal Menteri Besar Terengganu pada masa itu , Idris
Jusoh.
Walaupun
begitu kedua faktor ini sudah tidak lagi penting di Besut. Justeru itu, PAS
Terengganu kini berpeluang besar di Besut.
Secara
keseluruhannya, PAS berpotensi memenangi
19 daripada 32 kerusi dun di Terengganu. Walaubagaimanapun , keputusan
sebenar amat bergantung kepada gerak kerja jentera pilihanraya PAS menarik
sokongan pengundi kepada PAS.
http://tulahan.blogspot.com.au/
7 comments:
Moga2 kemenangan memihak kpd UMNO, yg lebih boleh dipercayai untuk memelihara kepentingan islam!
moga2 pas menjunjung kemenangan islam
Kalau ramai org kristian dkt terengganu, pas ada kelebihan..
cakap ikut nafsu.nilah puak jahil ugama
Ini lah contoh pihak yg ingat mereka punya martabat islam yg tinggi - yg mendokong perpecahan ummah, sedangkan Allah swt jelas menyuruh supaya bersatu. Tinggi ke martabat islam kalau perintah Allah yg jelas dlm Quran tidak dipatuhi?
umnGok la punca perpecahan.. Parti rasuah.. jahil agama.. Semua da dlm UmnGok..
semoga PRU13 ni kembali menjadi milik PAS... Seronok duk bawah PAS.. Takbir!
Post a Comment