KUALA LUMPUR 9 Jan: Sekurang-kurangnya 5,000 ahli Umno yang merupakan
pengundi Wilayah Persekutuan dipindah ke Parlimen Lembah Pantai
dipercayai untuk bantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU
13).
Mendedahkan demikian, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
berkata, taktik kotor itu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
bersekongkol dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang berminat untuk
bertanding.
“Pertembungan kali ini paling sengit kerana semua ahli Umno Wilayah
Persekutuan dipindah ke Lembah Pantai. Sengaja dilancar bagi memenangkan
calon Umno BN itu.
“Kita
kenal pasti lebih kurang 5,000 daripada butiran misalnya mereka ini ada
yang mengundi di Seputeh. Keseluruhannya merangkumi pemindahan
pengundi.
Ahli-ahli Umno yang mengundi di luar akan mengundi di Lembah
Pantai termasuk undi pos tambahan 2,000,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
Nurul Izzah berkata, Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri turut
diperalat Nong Chik untuk menarik sokongan penduduk setempat
terhadapnya.
“Sebelum ini, Ketua Polis sendiri turun ke Lembah Pantai untuk edar
bubuk lambuk. Najib (Razak) pula dua kali turun menyerahkan BR1M
(Bantuan Rakyat 1Malaysia).
“80 peratus perumahan rakyat di Lembah Pantai dicat. Di Sentosa, 100
peratus di bawah kelolaan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Ini
memberikan impak besar termasuk Pantai Dalam. Sebaliknya, Pemuda Umno
yang dapat projek tersebut apabila ia diswastakan,” sambungnya.
“Nong Chik sama macam Shahrizat kerana segala projek, mereka akan
jadi juara. Projek Shahrizat (NFC) dan keluarga RM250 juta. Belum lagi
Nong Chik ada projeknya sendiri,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Pada PRU lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Datuk
Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun
terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya yang
mendapat tender kontrak berbilion ringgit.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42662
No comments:
Post a Comment