Sunday, January 20, 2013

BRAHIM ALI KENA KUTIP DERMA LAGI!!! Anwar menang saman RM 50 juta ke atas Utusan

KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.

Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).


Hakim Singham juga berkata, ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” katanya.

“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata Hakim Singham. -KD

Anwar menang kes saman fitnah Utusan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.

Anwar dalam Twitternya berkata, "alhamdulillah: Hakim VT Singam pertahankan kebebasan badan kehakiman dan media.

Tegas menolak fitnah Utusan milik Umno kerana tuduhan palsu saya menyokong homoseksualiti.

" Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak yang didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.

Anwar menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.

Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang memfitnah plaintif.

Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa suratkhabar terbitan Utusan Melayu telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan mukasurat 10 akhbar berkenaan bertarikh 17 Januari 2012 yang seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam.

Anwar menjelaskan perkataan-perkataan yang diterbitkan tersebut yang berasaskan temuramah bersama BBC itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat. -SH



Ulasan GB

Dah berulang kali GB tulis: kebenaran akan tetap menang akhirnya dan akhbar poemfitnah akan tetap hancur binasa.

Terlalu bangang orang yang hendak menipu dan memfitnah... kerana kebenaran itu akan tetap zahir jua akhirnya.

Utusan ingat Allah bodoh seperti dia. 

No comments: