Terbongkar! Melayu UMNO sekat bangsanya terima geran tanah dari kerajaan kelantan!
Lebih menggembirakan lagi apabila 54 ahli Umno yang hadir pada program berkenaan semalam menerima sendiri geran tanah disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Seorang
peneroka Mat Omar, 60 yang mendiami RKT Lebir sejak 1981 berkata, Adun
Paloh, Datuk Nozula Mat Diah sudah lama menjanjikan mahu menyelesaikan
masalah pemilikan tanah.
“Namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan. Beliau hanya cakap sahaja. Selepas lama menunggu kami mengusahakan sendiri dengan menyertai jawatankuasa khas ditubuh kerajaan negeri.
“Namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan. Beliau hanya cakap sahaja. Selepas lama menunggu kami mengusahakan sendiri dengan menyertai jawatankuasa khas ditubuh kerajaan negeri.
“Kerajaan
negeri hanya mengenakan bayaran premium RM10 sahaja bagi lot rumah
seluas suku ekar. Kalau ikut proses biasa saya difahamkan kena bayar
RM2,000 bagi setiap lot,” katanya di sini semalam.
Beliau mengakui peneroka dibawa ke RKT Lebir pada 1980 bagi menguatkan Umno di Gua Musang. Malah tapisan dibuat memastikan hanya ahli Umno diterima sebagai peneroka di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Pada majlis semalam Mat Omar juga menyerahkan sumbangan yang dikutip
dalam kalangan peneroka bagi mengisi dana lebuh raya rakyat kepada
Menteri Besar.
Adun
Paloh dalam kenyataan media hari ini memberitahu kerajaan negeri tidak
sepatutnya memberi geran tanah kepada peneroka kerana kawasan itu diurus
Kesedar sejak sekian lama.
Kemarahan Nozula dapat dilihat apabila kira-kira 40 peneroka warga emas dikumpul di simpang tiga di Paloh 2 membantah penyampaian geran tersebut. (gambar)
Mereka berhimpun dengan membawa pelbagai sepanduk yang ditulis tidak mahu kerajaan negeri campurtangan di Kesedar.
“Sebelum ini macam-macam pemimpin Umno buat tomahan termasuk kononnya geran tanah palsu. Biar pun sebagai ahli Umno saya tidak boleh terima tindakan mereka,” katanya.

Ahli Umno di RKT Lebir, Mahmud Abdul Rahman, 61 berkata, beliau
juga menerima panggilan telefon daripada seorang pemimpin Umno supaya
keluar menyertai demontrasi.
“Saya pun pelik dengan perbuatan mereka,
sedangkan kita susah payah datang dari kampung sejak berpuluh tahun lalu
untuk mendapatkan tanah sendiri.
“Sebelum ini macam-macam pemimpin Umno buat tomahan termasuk kononnya geran tanah palsu. Biar pun sebagai ahli Umno saya tidak boleh terima tindakan mereka,” katanya.
Beliau juga berkata, geran hak tanah
lebih penting berbanding demontrasi yang tidak ada tujuan dan merugikan
peneroka sendiri.
Penghuliu Mukim Chalil,
Norazmi Abdullah berkata, kesemua 172 peneroka diberi peluang untuk
memohon mendapatkan geran lot kediaman mereka tanpa mengira menyokong
parti mana.
Katanya, sebahagian besar peneroka termasuk ahli dan
penyokong Umno mengisi borang permohonan kecuali mereka yang mempunyai
jawatan dalam Umno.
“Mereka takut kerana ada tekanan pemimpin Umno di
atas. Namun saya percaya mereka juga akan mengikut jejak 54 ahli Umno
yang sudah mendapat geran hari ini,” katanya. ~HD
1 comment:
yahudi rampas tanah umno jual tanah rezab pada singapura.haaaa
Post a Comment