Gambar diambil blogger Umno semasa ceramah baru bermula rujuk blognya dengan tajuk..
PARIT BUNTAR : Tanpa
t-shirt dan makanan percuma, ceramah anjuran Pakatan Rakyat Parit Buntar tetap
mendapat sambutan hebat dari penduduk di Parit Buntar.
Terkini, ceramah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri
Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri
Abdul Aziz yang menarik kehadiran lebih 2000 orang di Batu 7 , Kuala
Kurau.
Ketua Penerangan Pas
Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid
berkata, lebih menarik ceramah ini diadakan
di kawasan yang dianggap kubu kuat Umno Parit Buntar.
“ Kehadiran Dato’
Zambry Kadir ke Parit Buntar baru-baru ini tidak sedikit pun mengurangkan
sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
“ Buktinya, kehadiran
orang ramai mendengar ceramah Dato’ Ariff pada malam ini walaupun tiada t-shirt
dan makanan percuma diberi” katanya
Sementara itu, Dato’
Ariff yang merupakan bekas orang kuat Umno
Pekan telah membongkar banyak isu berkaitan ketuanya sendiri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.
“ Kita sudah memberi Umno
55 tahun memerintah dan perkara terpenting yang mereka lakukan ialah menakutkan
orang Melayu supaya berfikiran kalau Umno tidak ada Melayu akan hancur, kalau
Umno tidak ada, raja-raja Melayu akan musnah dan jika Umno tidak ada, maka
Islam akan tergugat.
“ Maka pencapaian terbesar
Umno ialah menakutkan dan membodohkan orang Melayu. Kedua perkara ini menghamba
abdikan minda orang Melayu. Di mana maruah suatu bangsa
jika minda nya dipenjara? “ katanya
Beliau meminta rakyat
menolak dakyah Umno yang menjual nama
bangsa untuk kepentingan peribadi.
“ Tidak benarlah apa
yang didakyahkan oleh Umno jika UMNO
tewas, Melayu akan rugi.
“ Kita mesti nyahkan
dari kepala kita, tanggapan bahawa hanya Melayu dalam Umno itu sahaja yang
Melayu. Sedangkan Umno di depan orang Melayu, laung hidup Melayu tapi belakang orang
Melayu mereka rompak dan samun harta benda orang Melayu”katanya
No comments:
Post a Comment