KUALA LUMPUR 26 FEB: Penyelidik bebas Merdeka Center dalam laporan
terkini hari ini mendapati sokongan pengundi kepada Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak menurun daripada 65 peratus pada Mei 2012 kepada
61 peratus pada Januari tahun ini.
Dalam kajian yang melibatkan 1,021 pengundi berdaftar tersebut juga
mendapati, kemarahan masyarakat Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional
masih tinggi iaitu pada kadar 68 peratus.
Ini petanda program dan kempen yang dilakukan oleh pimpinan Najib untuk menarik hati kumpulan tersebut masih lagi gagal.
Masyarakat Melayu juga mencatat peningkatan kemarahan ke atas
kerajaan apabila naik daripada 24 peratus pada Mei 2012 kepada 32
peratus pada Januari 2013.
Manakala masyarakat India juga naik daripada
41 kepada 43 peratus dalam tempoh sama.
Menurut kajian itu lagi, walaupun sokongan kumpulan majoriti
masyarakat Melayu masih kuat kepada kerajaan BN, tetapi corak penurunan
sokongan daripada 66 peratus pada Mei 2012 kepada 60 peratus pada
Januari 2013 dilihat akan memberikan kesan yang besar kepada kerajaan
menjelang Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.
“Kajian juga menemui penurunan sokongan di kalangan responden kaum
Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional,” kata Merdeka Centre
dalam kenyataan hari ini. – Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment