Monday, February 18, 2013

PAS GANTI UMNO!!! Dato' Mohamad Nazli bin Abd Majid sertai PAS

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/Dato%27%20Nazli.jpg
KUALA NERUS - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Dato' Mohamad Nazli bin Abd Majid yang pernah berkhidmat selama 30 tahun di bawah Kementerian Pertanian secara rasminya memilih PAS sebagai wadah perjuangan politiknya.

Berasal yang berasal dari negeri Perak darul Ridzwan dan menetap di Paka, Dungun, Terengganu dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) di Kampung Banggol Pradong dekat sini, Sabtu petang 16 Februari.

Berumur 62 tahun, Dato' Nazli bersara dari perkhidmatannya pada tahun 2006, setelah berkhidmat selama 30 tahun di bawah Kementerian Pertanian Malaysia.

Beliau berkelulusan Bachelor of Agriculture Science (University of Tasmania, Australia) dan Master of Science Agriculture, SHSU, Texas, USA.

Jawatan akhir disandang beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia.

Sebelumnya, Dato' Nazli pernah berkhidmat selama 12 tahun di Besut selaku Pengarah Projek Pembangunan Pertanian Besut dan Pengarah Lembaga Kemaajuan Terengganu Utara (KETARA).

Selain itu, belau pernah berkhidmat selama dua tahun di Johor selaku Pengarah Lembaga Kemajuan Johor Barat 2 dan selama tiga tahun di Melaka serta lima tahun di Kedah selaku Pengarah Pertanian Negeri

No comments: