SABAH 21 FEB: Dua lagi personaliti BN Sabah – bekas Menteri muda,
Yapin Gimpoton dan bekas Timbalan Menteri Pusat, Datuk Ahmad Shah
Tambakau menyertai KEADILAN.
Kedua-duanya
– bekas ahli Berjaya, secara rasmi menyertai KEADILAN sewaktu lawatan
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama
Tahun Baru Cina 10 Februari.
Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha KEADILAN Negeri,
Roland Chia berkata, perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk
Pakatan Rakyat Sabah.
“Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan
yang lebih baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan,”
katanya dipetik Malaysiakini.
Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon KEADILAN yang
bertanding di Kadamaian – kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun
2008.
Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen Keningau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45619
No comments:
Post a Comment