KUALA LUMPUR 6 MAC: Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh
Sulu di Lahad Datu bukan penyelesaian penuh berikutan musuh negara
sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah.
Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata ‘musuh sebenar’
sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara
leluasa.
“Sekarang
mereka hendak buat apa? Kita hantar jet pejuang, pasukan tentera bom
mereka. Tak semudah itu kerana orang-orang yang jadi musuh dibawa oleh
Mahathir, diberi IC.
“Yang inilah yang jadi musuh sebenar, bukan mudah hendak kenal pasti
mereka sekarang,” katanya ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di
Ampang Malam tadi.
Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu juga
mempertikai penghantaran tentera ke Sabah dengan menaiki pesawat
komersil, Air Asia.
“Pergerakan tentera pun naik Air Asia. Hendak bagi Tony Fernandez
dapat duit? Komisyen? Mana pergi pesawat TUDM? Mana pesawat tentera?
“Atau spare part (alat ganti) tak ada? Enjin jet dijual? Sebenarnya,
percayalah – terlalu banyak penyelewengan dan penipuan berlaku,”
katanya, sinis.
Beliau
juga mengulangi kekecewaannya berikutan pertahanan negara mudah bolos
dan menyalahkan kegagalan risikan tentera yang mengikut telunjuk orang
politik.
Hadi juga kesal kerana pimpinan negara lambat membuat keputusan hingga menyebabkan ramai anggota pasukan keselamatan terkorban.
“Perdana Menteri kelabu, (Datuk Seri) Zahid Hamidi kelabu, (Datuk Seri) Hishamuddin (Hussein) tak tau hendak buat apa.
“Saya malas sentuh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, IGP (Ketua
Polis Negara). Saya pun dalam sistem yang sama dulu. Tapi, terlalu ramai
yang lembap, tak tau buat keputusan,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46520
3 comments:
Sekiranya dtakdirkn pakatan berjaya memerintah Malaysia selepas pilihanraya akan datang,minta pakatan buat pembongkaran Tentang PUNCA SEBENAR kejadian di lahad datu agar rakyat tahu KISAH-KISAH TERSEMBUNYI dIsebalik tragedi ini.
Penjenayah yg org bongok masih gelarkan pemimpin. Dia perlu didakwa, tak kira ape pon ade kt depan nama dia. Doktor? Tun? Dia perlu beetanggungjawap atas perbuatannya.
Pemimpin petualang dan perosak negara Mahathir Mohamad layak mampus ditali gantung! WAJIB BACA di http://goo.gl/Mo9jn
Post a Comment