ALOR SETAR:
Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kuala Kedah kali ke-39 baru-baru ini
menyaksikan Adun Pengkalan Kundor, Dato' Ir Pahrolrazi Zawawi kekal
sebagai Yang Dipertua (YDP) bagi sesi 2013-2015.
Sementara itu, dua orang lagi Adun,
Dato' Ir Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustaffa (Kubang
Rotan) masing-masing kekal diberi mandat oleh para perwakilan sebagai
Timbalan YDP dan Naib YDP.
Dalam mesyuarat yang berlangsung di
Dewan Al-Amin, Telok Bagan dekat sini, 16 orang Ahli Jawatankuasa Kerja
telah dipilih iaitu Ustaz Abdul Rahman Omar; Saedi Azizan Ramli; Harun
Khamis; Abdul Hamid Bahari; Ustaz Ridzwan Abu Bakar; Ziyadi Raof; Noriza
Saad; Kassim Md Isa dan Ramli Shafie.
Turut dipilih ialah Abdul Azim Ahmad;
Mohd Fuad Lazim; Yazid Hashim; Mohd Azizi Abdullah; Rafie Yahya; Ismail
Awang dan Ahmad Darus.
Sementara itu Ustaz Omar Saad menang
tanpa bertanding sebagai Ketua Urusan Ulama; Fuad Yakkon selaku
Pengerusi Tetap dan Abdul Razak Din sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.
Mesyuarat Agung telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa.
No comments:
Post a Comment