Semua kepimpinan utama PAS Kawasan Kepong kekal pada Mesyuarat Agung
Tahunan ke-33 kawasan itu yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato'
Mahfuz Omar, baru-baru ini.
Amran Abd Majid (gambar) terus diberi
kepercayaan sebagai Yang DiPertua, dibantu oleh Mohd Shafie Abdul
Rahman, Timbalan dan Mohd Kutty Mohideen selaku Naib Yang DiPertua,
sementara Hasnan Abu Bakar terus memimpin Jawatankuasa Urusan Ulama.
Terdahulu, Ahmad Nabeel Hashim dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Kepong
yang baharu dan mengekalkan Rosnah Abdullah sebagai Ketua Muslimat PAS
Kawasan, pada mesyuarat dewan masing-masing.
Gandingan muka baharu dan
lama mengisi senarai AJK PAS Kawasan dan dijangka akan melonjakkan lagi
parti itu untuk sesi mendatang.
Mereka ialah Abdul Rashid, Zainal Abidin Rahmad, Ustaz Mahat Sudin,
Rusdi Ghazali, Abu Bakar Maidin, Bakri Shamsuddin,Muhammad Musab, Abdul
Ghani Endut, Abu Bakar Md Yassin, Mohammad Din, Ustaz Daud Mamat, Abdul
Halim Ibrahim, Mazlan Makbar dan dua orang muslimat turut terpilih bagi
memegang jawatan tersebut Nooriza Bakri dan Halimah Maidin. STS
No comments:
Post a Comment