KUALA
PILAH: Kepimpinan PAS Kuala Pilah kini berwajah baru apabila tiga
jawatan utama dalam PAS Kawasan Kuala Pilah kini dipegang oleh muka
baru.
Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kuala
Pilah tahun ini, jawatan Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Pilah yang
disandang oleh Zaharudin Othman selama dua penggal, dimenangi oleh Abdul
Karim Shahimi Abdul Razak.
Jawatan Timbalan YDP pula dimenangi oleh
Ustaz Norazman Mohamad menewaskan Ir Mohamad Noor Abdul Rahman. Rafiei
Mustapha pula merupakan Naib YDP yang baru.
Ketua Pemuda PAS Kuala Pilah juga
menonjolkan muka baru iaitu Anizar Abdul Rahman. Ketua Urusan Ulama yang
baru pula ialah Ustaz Walid Ahmad.
Walau bagaimanapun jawatan Ketua Muslimat PAS Kuala Pilah masih dipimpin oleh penyandang Fazilah Abu Samah.
Kepimpinan PAS Kuala Pilah kini
mempunyai gandingan aktivis, ulama, profesional dan gabungan golongan
muda dan yang berpengalaman.
Mantan YDP, Zaharudin Othman, dalam
ucapan aluan beliau mengucapkan tahniah kepada perwakilan atas kejayaan
mengadakan mesyuarat kawasan tahun ini.
Beliau menyeru agar perwakilan mengambil
peluang ini untuk melakukan muhasabah terhadap perjalanan kawasan dan
seterusnya melakar hala tuju yang ingin diambil dalam mempersiapkan
parti dalam menghadapi PRU14.
"Saya berharap agar perwakilan melakukan perbincangan dalam suasana penuh keikhlasan, ukhuwah dan mahabbah demi kebaikan parti.
Beliau memperingati bahawa dengan hanya
suasana begitu mesyuarat akan diangkat menjadi majlis zikrullah, majlis
memperingati kebesaran Allah SWT.
"Saya rasa bersyukur terhadap
perkembangan yang sedang berlaku dalam parti di mana perbincangan yang
aktif di semua peringkat mengenai pendekatan yang perlu diambil oleh
parti dalam melakar hala tuju parti.
Perbincangan untuk menilai keberkesanan
pendekatan politik merupakan satu amalan yang biasa dalam mana-mana
organisasi," katanya.
YDP PAS Kuala Pilah, Abdul Karim Shamimi
dalam ucapan sulung beliau berkata antara misi beliau untuk penggal ini
ialah untuk menghidupkan semula cawangan-cawangan yang tidak aktif.
"Kami akan mendaftarkan seramai mungkin ahli PAS yang baru dan akan berusaha menubuhkan cawangan PAS yang baru.
"Untuk persediaan PRU-14, PAS akan cuba mengambil balik Dun Sri Menanti daripada KeADILan", ujar beliau.
Sebelum itu dalam ucapan perasmian, AJK
PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar mengingatkan kegagalan menguasai
Putrajaya pada PRU13 harus dijadikan iktibar dan muhasabah diri dengan
baik.
No comments:
Post a Comment