GEORGETOWN: PAS Kawasan Kepala Batas memilih teraju
baru apabila Mohd Khair Che Mat dipilih ke jawatan Yang Dipertua setelah
menewaskan pencabarnya, Osman Ayub dalam pertandingan dua penjuru.
Yang Dipertua PAS kawasan penggal lalu, Rosidi Husain (gambar) pula menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua.
Naib
Yang DiPertua PAS kawasan pula disandang Ridwan Osman manakala Ketua
Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan kekal disandang Hafiz
Kassim dan Ustazah Nurulhuda Ahmad.
Sementara itu di Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan terus diberi mandat sebagai Yang Dipertua PAS kawasan untuk sesi 2013-2015.
Jawatan
Timbalan Yang DiPertua PAS kawasan dimenangi Ustaz Razali Ahmad
manakala Naib Yang Dipertua diamanahkan kepada Ustaz Shukri Che Yunus.
No comments:
Post a Comment