Tuesday, November 19, 2013

PEMILIHAN PAS!!! 4 calon garis empat agenda , 3 calon tidak hadir Wacana Hala Tuju Dewan Pemuda PAS

Empat agenda pacu hala tuju Pemuda PasIPOH - Calon Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Zamri Khuzaimi, meletakkan empat agenda digariskan dalam jemaah bagi memacu hala tuju Pemuda Pas.

Menurutnya,  agenda pertama Pemuda Pas perlu terus turun bersama rakyat dan memasyarakatkan rakyat. Pas kehilangan 55-60 peratus undi anak muda.


"Tak cukup sekadar sidang media, jenguk rakyat tetapi lebih dari itu. Supaya Pas terus dilihat mesra anak muda.


"Kita juga perlu tarik dan gembleng golongan anak muda profesional ke dalam Pas supaya mereka dapat menyumbangkan kepakaran untuk perjuangan Pas," katanya ketika Wacana Hala Tuju Dewan Pemuda Pas, anjuran Pemuda Pas Ipoh Timur dan Batu Gajah, di sini, hari ini.


Beliau berkata,mereka juga perlu sentiasa relevan, merasai denyut nadi dan meraikan anak muda.
Katanya, bukan hanya melaksanakan aktiviti yang disukai mereka tetapi meraikan kepelbagaian sikap dan idealogi agar mereka menjadi pendokong Pas.


Ahmad Zamri berkata, agenda terakhir adalah mengukuhkan jati diri dan tarbiah termasuk mengembalikan kegemilangan Akademi Kepimpinan Pemuda sebagai usaha melahirkan pelapis Pemuda Pas


Bagi calon Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, beliau tidak menafikan bahawa kepimpinan sebelum ini mempunyai hala tuju yang jelas.


Menurut beliau, pemikiran  anak muda kini telah berubah, mereka bukan hanya menerima pendapat semata-mata malah lebih bersikap ingin tahu.


"Kita bukan ingin melahirkan pemuda yang hanya pandai membangkang dan menentang kerajaan.


"Penjenamaan semula perlu dilaksanakan dari sudut berbeza. Selain menjalankan agenda kepimpinan Pusat, kita juga perlu ada agenda sendiri,"katanya.SH

No comments: