KUALA LUMPUR: Berhasrat untuk terus memposisikan
kedudukan PAS di pentas politik tanah air dan bersaing dalam menentukan
masa depan politik negara, Salahuddin Ayub berikrar akan meneruskan apa
yang sudah dilakukannya jika terpilih sekali lagi dalam muktamar kali
ini sebagai naib presiden.
Bercakap
kepada Harakahdaily, hari ini Salahuddin berkata peranan beliau membina
'jambatan' bagi menghubungkan PAS dengan dunia luar itu perlu
diperkukuhkan dan dianjakkan lagi bagi memastikan PAS sebagai sebuah
parti progresif, inovatif dan dinamik.
"Bagi saya, PAS sebagai
parti yang berdasarkan Islam ini mesti perlu progresif, inovatif dan
dinamik bagi memposisikan diri sebagai sebuah parti yang dapat bersaing
dalam suasana politik masa depan negara," tegas beliau.
Dalam
pada itu, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut berpendapat PAS
perlu muncul untuk jadi parti terkuat, yang merupakan satu lonjakan baru
yang perlu didokong bersama yang turut akan dibina kelak.
Pada
pemilihan PAS kali ini, jawatan Naib Presiden PAS menyaksikan
pertandingan lima penjuru bagi memilih tiga daripadanya untuk penggal
2013-2015.
Selain Salahuddin, dua penyandang lain iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa turut mempertahankan jawatan tersebut.
Manakala,
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah turut
bertanding untuk jawatan tersebut.
Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 Nov, bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
No comments:
Post a Comment