Lebih
kurang 2 minggu dari sekarang, pada tarikh 22-24 November 2013 ini,
Stadium Malawati Shah Alam akan menjadi tumpuan para perwakilan dan
pemerhati dari seluruh negara.
Muktamar Tahunan PAS yang akan menjangkau kali ke-59 bakal berlangsung dengan agenda utama yang menjadi fokus hangat di pihak kawan atau lawan adalah pemilihan kepimpinan baru PAS Pusat bagi sesi 2013/2015, sama ada di peringkat Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat serta Jawatankuasa PAS Pusat.
Persoalan yang akan terjawab di sana nanti adalah, bagaimana rupa bentuk saf baru yang akan menerajui sebuah Parti Islam paling berpengalaman dalam kancah dakwah, tarbiyah dan politik di peringkat dunia seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Sebagai seorang ahli PAS, izinkan saya membuat beberapa analogi tentang bagaimana bentuk rupa kepimpinan yang menjadi hasrat saya:
Yang pertama, saya ditarbiyah dan diasuh bahawa individu yang menyertai sesuatu parti, gerakan atau pertubuhan adalah kerana beberapa sebab antaranya, kerana ikut-ikutan, berhajatkan jawatan serta kedudukan, kerana nak marah kepada pihak yang satu lagi maka dia masuk gerakan ini, kerana harta atau kerana kefahaman yang mendalam tentang dasar dan prinsip perjuangan.
Saya menyertai PAS kerana kefahaman dan keyakinan yang mendalam tentang dasar dan matlamat perjuangan gerakan Islam yang bernama PAS ini. Maka tentunya saya juga menginginkan ianya dipimpin oleh pemimpin yang bukan sekadar faham tetapi sanggup melakukan yang terbaik demi memperjuangkan apa yang kita yakini.
Yang kedua, saya diajar dengan ungkapan bahawa seseorang pemimpin itu bukan sahaja perlu baik tetapi perlu juga kelihatan baik disebabkan kewujudannya di dalam saf kepimpinan adalah bagi membawa mesej kebaikan yang diperjuangkan parti. Apa yang dibawa dan watak yang diolah oleh seseorang pemimpin bakal mencerminkan apa yang dipimpinnya.
Yang ketiga, saya juga diajar bahawa menyertai perjuangan Islam bagaikan kita menaiki sebuah bahtera menempuh perjalanan yang sangat jauh merendah ombak, angin serta gelombang di lautan yang sangat luas. Dikepalai oleh seorang nakhoda, bahtera yang diberi nama PAS ini telah 59 tahun berjaya mengharungi badai walaupun hujung perjalanannya masih jauh. Kita bersabar di sini kerana inilah sunnah perjalanan sebuah perjuangan.
Memang bukan semua keputusan yang diputuskan oleh nakhoda dalam pelayaran ini kita persetujui, tetapi jangan pula kita tebuk kapal kerana tak bersetuju dengan nakhoda.
Saya inginkan seorang pemimpin yang dipilih nanti adalah mereka yang boleh bersabar menempuh pelayaran ini dan sanggup memberikan wala’ dan kepercayaan kepada nakhoda yang sedia ada untuk terus memegang kemudi pelayaran. Dengan izin Allah, bahtera kita akan selamat.
Tak lupa juga, semestinya seorang pemimpin yang nak belayar bersama bahtera PAS ini mesti tahan mabuk laut. Kalau mabuk sekalipun, jangan terjun ke dalam laut, nanti kita akan lemas keseorangan. Jangan pula ada pemimpin yang mabuk laut lalu minta supaya dihantar balik semula ke darat.
Yang keempat, saya inginkan agar seseorang pemimpin yang dipilih nanti bukanlah seperti beruang dengan tuannya. Kita boleh letak berbagai alasan bahawa kita melakukan itu dan ini, bercakap begitu dan begini, mengeluarkan kenyataan di sana dan di sini dengan alasan kerana kita sayang kepada parti dan ingin melihat parti ini terus relevan dengan arus masa, tetapi saya tidak inginkan seorang pemimpin yang menjadi beruang yang menampar muka tuannya hanya kerana nak menghalau seekor lalat yang hinggap di pipi tuannya yang disayangi. Hasilnya, luka berdarahlah muka tuannya walaupun tamparan itu adalah kerana naluri sayang!
Yang kelima, saya inginkan seseorang pemimpin yang dipilih nanti adalah mereka yang mampu mendukung hasrat dan cita-cita parti. Kita mungkin mempunyai pandangan tersendiri dalam sesuatu isu atau perkara tetapi apabila parti kita telah menetapkan sesuatu ‘stand’ atas sesuatu isu, maka wajib ianya disokong, didukung dan dipertahankan. Tak boleh lagi kita bawa pandangan sendiri.
Yang keenam, belajar dari sejarah pahit yang dialami tentera Itali dalam Perang Dunia Pertama. Walaupun mereka tampil di medan perang sebagai tentera yang berbekalkan kelengkapan yang paling canggih ketika itu, tetapi armada Itali telah dikalahkan dengan teruk. Antara puncanya adalah kerana ketiadaan sifat ketaatan kepada komander mereka sendiri.
Komander armada kita adalah Presiden yang wajib ditaati selagi dia tidak menyuruh melakukan maksiat dan kedurhakaan kepada Allah serta tidak mengambil apa-apa tindakan dan keputusan yang boleh meruntuhkan perjuangan.
Kalau dalam sesuatu keadaan kita merasakan bahawa pandangan kita betul tetapi dalam masa yang sama pandangan Komander kita juga betul, maka wajib ketika itu untuk kita mematuhi pandangan Komander. Ini dinamakan disiplin! Saya menginginkan seorang pemimpin yang berdisiplin!
Yang ketujuh, PAS adalah parti massa. Kekuatannya di peringkat akar umbi dengan akarnya yang menjalar jauh ke dalam masyarakat membentuk akar tunjang dan rambu yang menahan teguh pohon perjuangan ini. Di sinilah kekuatan kita.
Pemimpin tak boleh selesa berada di pucuk yang tinggi di awangan, membina kehidupan peribadi yang terpisah dari akar kerana kalau tercabut akar, maka pucuk juga akan layu, kekeringan lalu gugur.
Pemimpin yang dipilih perlu mampu untuk berada bersama ahli, memberikan bimbingan dan taujihat serta menyantuni susah senang mereka kerana hakikatnya ahli bawahan adalah mereka yang tak mengharapkan apa-apa dalam perjuangan ini selain dari redha Allah.

Dr Azman Ibrahim, | 14 Nov 2013 |
No comments:
Post a Comment