MP
Pandan Rafizi Ramli berkata beliau akan menganjurkan satu pertandingan
mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk melihat sama
ada polis akan turut bertindak ke atas perbuatan seperti itu.
Beliau mengumumkan perkara tersebut sebaik selesai disiasat selama kira-kira 40 minit hari ini, ekoran penyebaran satu emel berhubung rancangan membuat letupan semasa sambutan malam tahun baru 31 Disember.
Pengarah
strategi PKR itu berkata beliau akan menganjurkan pertandingan itu
sebagai reaksi kepada siasatan berkenaan, yang dianggapnya sebagai satu
lawak jenaka.
Rafizi berkata beliau akan memilih karangan emel palsu paling menarik dan kreatif untuk ditujukan kepada perdana menteri, ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara.
"Kita akan umumkan (butiran pertandingan) esok, oleh kerana kita anggap (siasatan polis sebagai) lawak jenaka.
"Anda (polis) bazir wang rakyat, dan bazir masa semua orang. Awak (wartawan) kena tunggu di depan ini tengah hari untuk berita.
"OK, kita anggap ia satu jenaka mengenai hal ini, dan kita nak tengok berapa banyak emel palsu yang polis nak siasat," kata beliau selepas memberi keterangan di IPD Dang Wangi hari ini.
Rafizi menegaskan, emel yang menuduh beliau terlibat dalam rancangan meletakkan bom di ibu negara malam 31 Disember depan adalah palsu.
Sementara itu Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya yang menemani Rafizi mendakwa polis tidak menerima sebarang laporan berhubung emel palsu itu untuk dijadikan asas bagi menyiasat MP tersebut.
Beliau mendakwa, polis hanya menerima laporan pada 17 Disember, lama sebelum dakwaan dalam emel palsu itu muncul.
Bagaimanapun, laporan berkenaan tidak menyebut mengenai letupan, atau rancangan membuat kacau pada malam 31 Disember, kata Latheefa.
"Apa yang kami terkejut adalah tiada satupun laporan polis terhadap Rafizi. Kami diberitahu yang kononnya polis sedang menyiasat satu laporan yang dibuat oleh ASP Rasha Aswadi yang dibuat pada 17 Disember.
"Dan dalam kandungan laporan tersebut tak ada laporan mengenai bom, bom tangan dan sebagainya," katanya.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh semalam menamakan empat NGO yang didakwa terlibat dalam sebuah himpunan untuk menggulingkan kerajaan di Dataran Merdeka pada malam tahun baru depan.
Kumpulan tersebut adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau terkejut dipanggil
memberi keterangan berhubung sebaran emel yang mendakwa akan berlaku
kejadian letupan semasa perhimpunan pada malam 31 Disember.Beliau mengumumkan perkara tersebut sebaik selesai disiasat selama kira-kira 40 minit hari ini, ekoran penyebaran satu emel berhubung rancangan membuat letupan semasa sambutan malam tahun baru 31 Disember.
Rafizi berkata beliau akan memilih karangan emel palsu paling menarik dan kreatif untuk ditujukan kepada perdana menteri, ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara.
"Kita akan umumkan (butiran pertandingan) esok, oleh kerana kita anggap (siasatan polis sebagai) lawak jenaka.
"Anda (polis) bazir wang rakyat, dan bazir masa semua orang. Awak (wartawan) kena tunggu di depan ini tengah hari untuk berita.
"OK, kita anggap ia satu jenaka mengenai hal ini, dan kita nak tengok berapa banyak emel palsu yang polis nak siasat," kata beliau selepas memberi keterangan di IPD Dang Wangi hari ini.
Rafizi menegaskan, emel yang menuduh beliau terlibat dalam rancangan meletakkan bom di ibu negara malam 31 Disember depan adalah palsu.
Sementara itu Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya yang menemani Rafizi mendakwa polis tidak menerima sebarang laporan berhubung emel palsu itu untuk dijadikan asas bagi menyiasat MP tersebut.
Beliau mendakwa, polis hanya menerima laporan pada 17 Disember, lama sebelum dakwaan dalam emel palsu itu muncul.
Bagaimanapun, laporan berkenaan tidak menyebut mengenai letupan, atau rancangan membuat kacau pada malam 31 Disember, kata Latheefa.
"Apa yang kami terkejut adalah tiada satupun laporan polis terhadap Rafizi. Kami diberitahu yang kononnya polis sedang menyiasat satu laporan yang dibuat oleh ASP Rasha Aswadi yang dibuat pada 17 Disember.
"Dan dalam kandungan laporan tersebut tak ada laporan mengenai bom, bom tangan dan sebagainya," katanya.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh semalam menamakan empat NGO yang didakwa terlibat dalam sebuah himpunan untuk menggulingkan kerajaan di Dataran Merdeka pada malam tahun baru depan.
Kumpulan tersebut adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia.
Beliau berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepatutnya menyiasat penulis blog dan juga akhbar yang didakwanya menyebarkan emel khabar angin tersebut.
"Hal ini bukan saja drama yang teruk, tapi mewujudkan satu duluan yang teruk.
"Adakah selepas ini jika ada orang dapat emel mengenai cerita (Datin Seri) Rosmah (Mansor), PDRM akan panggil beliau (Rosmah)?
MP Pandan itu juga berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang usaha berhubung apa-apa letupan pada malam 31 Disember.
"Satu-satunya bom yang saya tahu ialah kuih bom," kata MP muda itu secara berseloroh.
Rafizi tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 11:30 pagi tadi diiringi peguamnya N. Surendran dan Pengerusi Biro Guaman PKR, Latheefa Koya.
Beliau kini sedang memberi keterangan setelah dipanggil untuk siasatan hari ini.
Sementara itu Surendran berkata PDRM patut menarik balik anggapan buruk terhadap Rafizi kerana ia hanya tohmahan semata.
"Saya beri amaran jika mereka (PDRM) tidak minta maaf atas tuduhan ini, kita akan saman di mahkamah," kata beliau.
No comments:
Post a Comment