KUALA
LUMPUR 31 DIS: Polis digesa berhenti menyebarkan maklumat palsu
berhubung himpunan membantah kenaikan harga barang yang dijadualkan di
Dataran Merdeka, malam ini, kata NGO hak asasi Lawyers for Liberty (LFL)
“Polis seharusnya menjalankan tugas menegakkan undang-undang dan
melindungi rakyat yang mahu menunaikan hak mereka untuk berhimpun secara
aman yang dijamin Perlembagaan.
“Polis seharusnya tidak bersikap bersikap berat sebelah melindungi
kepentingan politik Barisan Nasional apabila bersama media arus perdana
memberi imej palsu terhadap peserta himpunan,” kata jurucakap LFL, Eric
Paulsen.
Menurut Eric, kenyataan kononnya peserta himpunan mahu menggulingkan
kerajaan dengan kekacauaan dan menggunakan bom adalah taktik jahat.
“Ini hanya untuk mewujudkan ketakutan dikalangan orang awam dan
seterusnya membolehkan pihak polis menganggu penganjur,” katanya.
Eric (gambar) turut menyangkal kenyataan polis yang menuduh penganjur gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Sepanjang tahun lalu, akta tersebut seringkali disalahguna
sewenang-wenangnya semata-mata bagi memangsakan pemimpin, penyokong
Pakatan Rakyat dan aktivis hak asasi.
“Hakikatnya ia digunakan sewenang-wenangnya untuk menindas perhimpunan pembangkang,” kata Eric.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57872
No comments:
Post a Comment