Tahun
2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia
berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka
hadapi.
Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional
melalui “Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan” memberikan pelbagai
janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup.
Di antaranya adalah penurunan harga kereta secara berperingkat,
menyediakan sejuta rumah mampu milik, pendidikan lebih baik, pembangunan
luar bandar secara agresif dan keselamatan awam.
Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, apa yang rakyat dapat?
Bermula September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan.
Perlu diingat, kenaikan harga minyak dan gula mempunyai kesan berantai
kepada barangan lain. Dalam erti kata lain, janji kerajaan harga barang
lain tidak akan naik selepas subsidi minyak dan gula dipotong tidak
boleh digunapakai.
Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan
sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014.
Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula
pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015.
Ertinya, selepas tamat 2014 juga, kehadiran 2015 belum tentu memberikan
kebahagian kepada majoriti rakyat Malaysia dengan pengenalan GST.
Tindakan
“ganas” pentadbiran Najib dalam memotong subsidi dan menaikkan harga
barang dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas turut membimbangkan
bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).
“Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.
“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan
harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di
blog Che Det semalam.
Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius
bertindak terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2012 mengenai ketirisan
dan pembaziran kerajaan.
“Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan
dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat
mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” katanya.
Dr Mahathir menulis menggunakan hujah yang sering dipakai pemimpin pembangkang.
Sebagai orang yang sudah memerintah Malaysia selama 22 tahun dan
mengikuti perkembangan sejarah negara-negara jiran seperti Indonesia dan
Filipina, Dr Mahathir sudah tentunya bimbang dengan tindakan
pentadbiran Najib.
Dr Mahathir menyaksikan bagaimana rakan-rakan baiknya seperti Ferdinand
Marcos dari Filipina dan Jeneral Muhammad Soeharto dari Indonesia
digulingkan melalui demonstrasi jalanan selepas gagal mensejahterakan
hidup rakyat.
Sudah pasti hujah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek mengatakan kenaikan kos sara hidup
merupakan masalah kecil tidak dibeli bekas perdana menteri itu.
Maka tidak hairanlah Putrajaya juga dilihat begitu takut sekali dengan
perhimpunan pada malam ambang Tahun Baru 2014 yang dikatakan berniat
untuk menggulingkan kerajaan.
Semalam polis menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama
Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut
orang ramai menyertai perhimpunan dikatakan untuk menggulingkan kerajaan
pada 31 Disember ini.
Sebelum itu polis menahan pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun)
Azan Safar selepas seorang pengguna Facebook memberikan komen
mengatakan akan berlaku rusuhan pada malam ambang Tahun Baru.
Selepas memungkiri janji, Putrajaya kelihatan begitu takut sekali dengan kemarahan orang ramai di atas tindakan mereka itu.
Yang hairannya, yang ditahan adalah orang yang marah kerana janji
dimungkiri dan bukan yang memungkiri janji. – 27 Disember, 2013. -TMI
ADUN UMNO BAKAL TERGULINGKAN BN
PRK mungkin akan dilankasankan di dua DUn di Perak berikutan kesalah pilihanraya yang dilakukan dua calon BN yang menang.
Mereka bakal kehilangan kerusi kerana melanggar artikel 30 perlembagaan negeri Perak berikutan saman dikemukakan calon Pas, Jamil Dzulkarnain dan Misbahul Munir Masduki.
Saman difailkan Jamil Dzulkarnain terhadap Adun Manong, Mohamed Kamil Shafie, sementara satu lagi difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Kedua Adun BN itu tidak menjadi penduduk negeri Perak semasa hari pengundian, seperti ditetapkan didalam artikel tersebut.
“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” kata Robin Lim salah seorang peguam mewakili plaintif dalam kes tersebut.
Dalam tuntutan saman tersebut Jamil dan Misbahul Munir menyatakan, perkara itu dapat disahkan melalui alamat yang tertera di MyKad mereka yang mengesahkan bahawa mereka berdua bukan penduduk tetap negeri tersebut.
Melalui saman tersebut, Jamil dan Munir mahu mahkamah mengisytiharkan kedua-dua Adun tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil rakyat serta menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Jika permohonan kedua-dua pemohon tersebut dipersetujui oleh mahkamah, maka kemenangan kedua-dua Adun tersebut akan terbatal dan pilihan raya semula perlu diadakan dalam tempoh 60 har
1 comment:
RUMAH buluh BETONG..yang di TONGKAT oleh BRITISH...60 tahun lalu...untuk MENGEEANG kuasa ISLAM orang MELAYU...akan REBAH sendiri...akan REBAH sendiri ...di TOLAK oleh monyet monyet dalam ZOO Sejarah...
Post a Comment