SHAH ALAM 9 JAN: Kerajaan BN dijangka mengambil langkah mengurangkan
jumlah kakitangan awam sekiranya meneruskan tabiat gemar berbelanja
boros yang menyebabkan hutang negara mencapai paras 55 peratus dari
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekaligus diisytiharkan muflis.
Langkah itu diambil apabila Kerajaan Pusat ketika itu terdesak untuk
mengurangkan perbelanjaannya bagi membayar hutang sedia ada yang
dijangka distrukturkan semula dan pinjaman baru sama ada dari Bank Dunia
atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau bank-bank antarabangsa
lain.
Pengarah
Startegi PKR, Rafizi Ramli, berkata pinjaman baru yang diambil nanti
akan dikenakan syarat tertentu yang menjadikan rakyat dan kakitangan
awam sebagai mangsa.
“Apabila pinjaman sudah terlalu tinggi dan kerajaan tidak mampu
bayar, maka kerajaan akan ambil pinjaman lain untuk tampung sementara
pinjaman diambil tetapi syarat dikenakan terlalu besar.
“Kalau kita negara yang mengalami situasi sama seperti Greece atau
Sepanyol; baik Bank Dunia, IMF atau bank-bank antarabangsa akan
mengenakan syarat yang selalunya golongan pertama jadi mangsa adalah
rakyat.
“Jika Kerajaan BN dah tak boleh bayar hutang dan sampai ke peringkat
muflis maka dia terpaksa akur keputusan ekonomi dengan memangsakan
rakyat,” kata beliau.
Rafizi berkata demikian dalam satu temubual ekslusif bersama Selangor
Kini di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di Puchong
baru-baru ini.
Kata
beliau lagi situasi ini bukan sahaja menyebakan kakitangan awam
dikurangkan, gaji dipotong dan harga perkhidmatan serta barangan
keperluan naik mendadak, bahkan pada masa sama perbelanjaan lain untuk
rakyat juga akan dikurangkan.
“Akan berlaku keadaan seperti menarik balik subsidi minyak dan
barangan keperluan lain serta merta hingga menyebabkan harga petrol dan
barang keperluan lain naik mendadak lebih tinggi dari sekarang.
Perkara-perkara ini akan berlaku,” kata Rafizi.
Katanya, ada antara beberapa negara pernah mengalami muflis seperti
Greece, Sepanyol, Iceland, Rusia dan Argentina memutuskan sama ada
memperkenalkan cukai baru atau menaikkan cukai sedia ada melambung
tinggi.
Ia bagi tujuan mendapatkan dana bagi membayar semula hutang dan menjana pendapatan negara semasa negara dalam keadaan muflis.
“Kesengsaraan rakyat di negara muflis itu juga disusuli kurangnya
keupayaan untuk menjaga ketenteraman awam disebabkan perbelanjaan
berkaitan keselamatan dikurangkan.
“Dalam keadaan itu, rusuhan dan jenayah meningkat seperti mana
Argentina ketika muflis, keganasan meningkat sebanyak 142 peratus dan
anak muda menganggur terpaksa merompak untuk mendapatkan sumber
kewangan,” kata beliau.
Jelas
Rafizi lagi, negara muflis juga tidak dapat meneruskan program yang
sebelumnya dibiayai kerajaan seperti kesihatan, pendidikan, pembangunan
awam dan sokongan infrastruktur seperti jalan raya dan utiliti lain dan
menyebabkan taraf kesihatan rakyat merudum.
“Pada ketika itu BN sudah tentu sudah dibuang rakyat tetapi sengsara
yang ditanggung rakyat dan bebanan yang diwarisi Pakatan Rakyat selepas
mengambil alih kerajaan yang sudah muflis ini akan mengambil masa
sehingga satu atau dua generasi untuk dipulihkan,” kata Rafizi lagi.
No comments:
Post a Comment