Datuk
A Kadir Jasin menyifatkan pemimpin yang mempersendakan kesulitan rakyat
dalam berdepan dengan kenaikan harga barang sebagai "cetek akal".
Tanpa menamakan individu
tertentu secara spesifik, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits
Times Press itu menegaskan, isu kenaikan harga adalah suatu yang serius
dan sesuatu realiti dihadapi rakyat bawahan ketika ini.
"Kenaikan harga adalah suatu yang sangat serius, sesiapa yang mempersendakannya adalah cetek akal.
"Kenyataan sesetengah pemimpin
tentang kenaikan harga, sesiapa yang mempersendakannya adalah berfikiran
cetek," kata Kadir kepada The Malaysian Insider bagi mengulas isu
kenaikan harga barang yang menjadi keluhan rakyat.
Isu kenaikan harga barang tidak
terbendung susulan pengurangan subsidi oleh kerajaan Barisan Nasional
(BN) dan pengumuman kenaikkan tarif elektrik berkuatkuasa 1 Januari
lalu.
Pentadbiran Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak menerima kritikan keras daripada rakyat dan
pemimpin parti sendiri ekoran keputusan tidak popular itu yang dilakukan
secara drastik.
Program Rasionalisasi Subsidi
yang dilakukan pentadbiran Najib didakwa meningkatkan kos sara hidup
dengan peningkatan kos bahan api, kenaikan tarif elektrik, dan
pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa
pada April 2015.
Secara tidak langsung mengakui
tekanan yang dihadapi kerajaan, Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi
(MT) Umno pada Jumaat mengumumkan peruntukan RM20 juta bertujuan
menstabilkan harga barang di pasaran.
"Adakah jumlah peruntukan 20 juta itu memadai untuk menstabilkan kenaikan harga barang yang begitu meluas?
"Saya ingat satu hari rakyat
Malaysia membelanjakan berbilion untuk beli minyak, beli makanan, bayar
bil elektrik dan bayar tol. Jadi, adakah 20 juta itu memadai?" soal
Kadir mengulas tentang peruntukan yang diumumkan Najib itu.
Kadir turut menggesa kerajaan supaya bertegas dalam isu kenaikan harga barang dengan mengenakan hukuman lebih berat.
"Tak cukup dengan menyeret peniaga ke mahkamah kerana proses ini mengambil masa yang agak panjang.
"Lebih berkesan jika perniagaan
mereka ditutup ataupun disita jika mereka didapati membuat keuntungan
berlebihan dan menyorok barang," katanya.
Dalam pada itu wartawan veteran
itu juga mahu kerajaan sedia ada mementingkan hak rakyat dan bukannya
bersikap seperti kerajaan sepenuh masa dalam menangani isu-isu yang
dibangkitkan.
"Malah saya berasa Umno wajib
bercakap bagi pihak rakyat dan jangan hanya bercakap seolah-olah Umno
adalah kerajaan sepenuh masa.
"Umno bermula daripada rakyat, maka Umno wajib ambil berat tentang hak rakyat," katanya.
Kadar inflasi di Malaysia
melonjak daripada 2.9% pada November kepada 3.2% pada Disember 2013,
berpunca daripada pengurangan subsidi dan dijangka meningkat pada tahun
2014.
Kadar tersebut adalah yang
tertinggi sejak November 2011, purata peningkatan setiap tahun inflasi
naik daripada 1.9% pada November kepada 2.1% pada Disember.
Kenaikan harga bahan api, tarif
elektrik, air dan gula, antara lain mewujudkan kesan domino yang
menyebabkan harga barang-barang lain turut meningkat.
Putrajaya juga sebelum ini
mengumumkan beberapa langkah pengurangan penjimatan susulan kritikan
tidak berjimat ketika rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang.
Di antaranya adalah mengurangkan
elaun hiburan dan perjalanan menteri serta pegawai kanan kerajaan
selain membekukan pengubahsuaian pejabat. ~tmi
1 comment:
Pak kadir, kenapa nak layan sangat umnongok2 ni. Rosmah masih lagi bermahara lela di media perdana. Najib seperti biasa akan diam seribu bahasa seperti tunggul. Di hentam macam mana masih lagi buat perkara yang sama. Pendek kata not worth to even think about. Kena tunggu sampai umnongok2 ni mampus! ! !
Post a Comment