KUALA LUMPUR 25 JAN: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),
Badrul Hisham Shahrin percaya wujud perancangan bagi melenyapkan kes
pembunuhan Altantuya dengan ‘menghilangkan’ suspek utama kes itu.
“Bagi saya jelas, sejak kes tersebut dibicarakan sejak awal lagi ia sudah dirancang skrip-skripnya.
“Kita dapat lihat dari pembebasan Abdul Razak Baginda yang juga
terlibat dalam kes ini, kemudian dengan perbicaraan yang jelas
mencurigakan, sehingga proses rayuan terhadap hukuman tersebut
dijalankan. Ini sudah dirancang dengan teliti bagi mendiamkan kes
tersebut,” ujarnya ketika dihubungi.
Abdul Razak Baginda, yang juga kenalan rapat perdana menteri
dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya pada 2008
selepas mahkamah mendapati tiada kes prima facie.
Ia menjadi lebih aneh
apabila pendakwaraya memutuskan tidak membuat rayuan terhadap pembebasan
Abdul Razak.
Baru-baru ini, portal The Malaysian Insider melaporkan kehilangan
Koperal Sirul Azhar Umar, salah seorang daripada dua anggota polis yang
dituduh membunuh wanita berkenaan, selepas dibebaskan Mahkamah Rayuan
tahun lalu.
Menurut Chegu Bard, beliau sudah menjangkakan kes ini akan ditutup
dan dibiarkan begitu sahaja apabila Barisan Nasional menang pilihan raya
umum ke 13.
“Ini dilakukan kerana kes pembunuhan ini berkaitan dengan skandal
pembelian kapal selam, dan sebab itu kes ini perlu didiamkan,” tegas
beliau.
Menurutnya lagi, alasan bahawa suspek berkenaan yang didakwa hilang adalah dangkal dan tidak masuk akal.
“Kita tahu kemampuan pihak berkuasa mengesan dan menangkap individu
yang mereka kehendaki, ini jelas apabila ramai pemimpin dan aktivis
rakyat ditangkap di tengah jalan mahupun ketika sedang makan.
“Jadi alasan bahawa suspek telah hilang sememangnya tidak dapat diterima. Dia perlu ditangkap dan didakwa,” tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58607
1 comment:
dia org nie belajar dari zahid hamidi...mcm mana nak menghilangkan org yg saman dia kerana memukul pasal ngorat anak dia.....sekarang kes itu ditutup...
Post a Comment