Takkan la sampai cerita kencing pun nak tweet, kan dah pegang jawatan
tinggi dalam pemuda, jumpa je la terus dengan menteri berkenaan bagi
cadangan dan bukannya tweet untuk buktikan kebangangan.
Takkan le kerana pekerja wanita yang bersihkan tandas tu Naib Ketua
Pemuda UMNO Malaysia ni boleh terkencing dalam seluar agaknya, Kalau
rasa kurang selesa, mintalah tukang cuci tu keluar dulu lepas tu nak
pancut serata dinding pun buatlah.
Atau pun jangan gunakan mangkuk untuk buang air kecil, gunakan mangkuk
untuk buang air besar sebab ada bilik siap pintu sekali, kunci dari
dalam, lepaskan sepenuh hati,, hahahaha..nampak tak macam mana
Sangkakala ajar Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia cara nak buang air kecil
kalau ada tukang cuci perempuan kat dalam tu.
Dah rasa macam mengajar adik lak rasanya, maklumlah nampak macam Naib
Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni sedang mengadu pada Ahli Majlis Tertinggi
yang juga merupakan seorang Menteri dalam kerajaan sebab dia sukar nak
shishi katanya dalam tandas yang dicuci oleh pekerja wanita.
Itu sebab Sangkakala ajar serba sedikit tentang cara menggunakan tandas kalau ada pekerja wanita didalamnya.
Cukup cukuplah mengeluarkan statement yang boleh bagi orang ketawa dan
diketawakan oleh puak pembangkang..keluarkanlah kenyataan yang boleh
membena sikit.
Macam Sangkakala katakan tadi, sebagai seorang Naib Ketua Pemuda UMNO
Malaysia, untuk berjumpa dan Datuk Abdul Rahman Dahlan bukanlah perkara
yang sukar, dan rasanya tweet pasal kencing ni memalukan je.sangkakalajari9
No comments:
Post a Comment