Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) agar membayar RM350,000 kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) kerana memfitnahnya.
Hakim Datuk Su Geok Yiam, dalam perintahnya hari ini mengarahkan pembayaran itu sebagai gantirugi am, teladan dan kerosakan teruk akibat berita yang dilaporkan oleh akhbar itu.
Hakim juga memerintahkan kos sebanyak RM10,000 bagi bicara taksiran ganti rugi hari ini dan faedah dari tarikh pemfailan tindakan ini di mahkamah.
Dalam kes ini, NST menyiarkan satu berita yang didakwa memfitnah Husam pada 2008 lalu ketika beliau masih exco kerajaan negeri Kelantan.
Ekoran itu, Husam memfailkan saman terhadap dua lagi defendan dan NST adalah defendan ketiga.
Defendan pertama dan kedua sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Husam sebelum ini.
NST diwakili peguam Rishwant Singh.
No comments:
Post a Comment